Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Walt Disney berhentikan 32,000 pekerja

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



BENGALURU: Syarikat Walt Disney mengumumkan kelmarin pihaknya akan memberhentikan 32,000 pekerja, terutama di taman temanya, kenaikan daripada 28,000 yang diumumkannya pada September lalu, sedang syarikat itu bergelut dengan bilangan pelanggan terbatas ekoran wabak Covid-19.



Syarikat itu tidak memberi komen kepada Reuters mengenai apakah 28,000 pemberhentian yang diumumkan sebelumnya termasuk dalam angka terbaru, tetapi jurucakap syarikat itu mengesahkan dengan Variety bahawa angka terbaru itu termasuk angka yang diumumkan sebelumnya.



Pemberhentian itu akan dilakukan pada separuh pertama 2021, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Suruhanjaya Bursa dan Saham.



Awal bulan ini, Disney mengatakan pihaknya memberi cuti kepada lebih banyak pekerja di taman temanya di California Selatan kerana ketidakpastian bila negeri di Amerika Syarikat itu akan membenarkan taman tersebut dibuka semula.



Taman tema Disney di Florida dan di luar Amerika dibuka semula awal tahun ini tanpa mengalami penularan wabak Covid-19 baru namun dengan peraturan ketat jarak selamat, ujian virus dan penggunaan pelitup dilaksanakan.



Disneyland Paris terpaksa ditutup sekali lagi akhir bulan lalu ketika Perancis melaksanakan semula perintah sekatan baru untuk membendung gelombang kedua kes Covid-19 di negara itu.



Taman tema Disney di Shanghai, Hong Kong dan Tokyo masih dibuka.



Disney menyertai syarikat penerbangan dan perniagaan lain yang bergantung kepada pelancongan dan perjalanan riadah, untuk mengurangkan tenaga kerja mereka.



Syarikat American Airlines telah memberi amaran bahawa ia mungkin melepaskan 19,000 pekerja, sementara United Airlines Holdings merancang mengurangkan sekitar 12,000 pekerja. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >