Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Wardah Books pilihan Yale University Press bagi Sept

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



KEDAI buku setempat Wardah Books dinamakan sebagai Kedai Buku Antarabangsa Pilihan bagi bulan September oleh Yale University Press.



Ini sekali gus menjadikan Wardah Books kedai buku Asia Tenggara pertama untuk ditampilkan dalam rencana bulanan syarikat penerbitan buku yang berpangkalan di London itu.



Yale University Press menerbitkan karya yang menyumbang kepada pemahaman global mengenai ehwal manusia.



Rencana itu dipaparkan dalam laman blog Yale University Press.



Wardah Books, yang ditubuhkan pada 2002 dan terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam, menjual buku-buku berkaitan Islam, yang merangkumi subjek mengenai Quran, Undang-Undang Islam dan Sufisme.



Pemilik Wardah Books, Encik Ibrahim Tahir memberitahu Berita Minggu bahawa pejabat Yale University Press di London telah mula menampilkan kedai buku setiap bulan di laman blog mereka sejak beberapa tahun lalu.



Ia namun hanya menampilkan kedai buku di United Kingdom, kongsi beliau.



Sejak Mac tahun ini, Yale University Press turut mula menampilkan kedai buku antarabangsa dan Wardah Books menjadi kedai buku antarabangsa yang keenam untuk ditampilkan.



Encik Ibrahim berkata: "Wardah Books rasa terharu kerana ditampilkan sebagai Kedai Buku Antarabangsa Pilihan bagi bulan September 2021. Kami menjadi hanya kedai buku yang keenam untuk ditampilkan, dan yang pertama dalam Asia Tenggara.



"Kami tidak pasti mengapa Yale memilih untuk menampilkan kami, mungkin sebab kedai buku kami semakin mendapat perhatian antarabangsa."



Tahun lalu, Wardah Books dinobat sebagai Tujuh Syarikat Muslim Global Terbaik 2020 oleh The Center for Global Muslim Life.



Selain Wardah Books, kedai buku antarabangsa lain yang ditampilkan di laman blog Yale University Press termasuk Readings Carlton di Melbourne, Australia; Llibreria Finestres di Barcelona, Sepanyol; Kelly & Walsh di Hong Kong; dan Bookstore Eureka! di Lithuania.



Dalam rencana itu yang dikeluarkan pada Selasa lalu, Wardah Books turut berkongsi mengenai cabaran yang dihadapi semasa pandemik ini dan bagaimana kedai buku membuat penyesuaian untuk mengatasinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >