Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Warees buka 'ruang wakaf' bagi pejabat fleksibel

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Warees buka 'ruang wakaf' bagi pejabat fleksibel

Kos sewa rendah sesuai untuk firma kecil dan 'start-up'
Apr 22, 2021 | 05:30 AM

PERNIAGAAN, khususnya syarikat pemula dan perniagaan kecil, kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk ruang kerja yang dikongsi.

Demi memanfaatkan trend aturan bekerja fleksibel yang semakin meningkat, Warees Investments telah memperkenalkan ruang berkonsep pejabat perkhidmatan dikongsi, Wizards Soho, di bangunannya di Beach Road.

Berbanding dengan ruang kerja bersama lain, Wizards Soho bertempat di sebuah hartanah wakaf, kata Penolong Naib Presiden Pembangunan Hartanah Warees, Encik Muhammad Helmi Abdul Mutaliff.

Menurut beliau, ini bermakna para penyewa akan menjana pulangan untuk tujuan murni, dengan pendapatan sewa itu akan diagihkan kepada benefisiari seperti golongan memerlukan, masjid dan madrasah.

Ruang seluas 142.36 meter persegi itu boleh memuatkan seramai 22 orang bagi enam unit pejabat privet dan sembilan unit bekerja khusus. Ia juga menawarkan dua bilik mesyuarat yang boleh menampung sehingga lapan orang setiap bilik.

Khidmat lain disediakan ialah akses WiFi, khidmat seperti mencetak dan mengimbas, khidmat telefon 'cloud' dan khidmat pembersihan dua kali sehari.

Penyewa boleh menyewa ruang kerja pada harga di bawah $400 sebulan.

Menjelaskan tujuan di sebalik khidmat yang kali pertama ditawarkan Warees, Encik Muhammad Helmi berkata:

"Khidmat ini pada awalnya difikirkan dengan tujuan menggunakan ruang wakaf untuk memberi manfaat kepada perniagaan kecil dan syarikat pemula.

"Ini merupakan satu cara untuk mewujudkan aturan yang saling memanfaatkan kededua pihak dan mempunyai tujuan sosial."

Selain itu, jelas beliau, sebelum pandemik Covid-19, pihaknya sudah memerhatikan anjakan paradigma yang lebih cenderung kepada aturan kerja lebih fleksibel, trend bekerja dari rumah dan lebih banyak perniagaan yang mempunyai operasi bertebar.

Kini trend itu semakin ketara apabila dunia perniagaan dijejas oleh pandemik.

"Kami perhatikan perubahan tabiat dengan syarikat meneliti semula keperluan ruang pejabat ekoran aturan bekerja dari rumah dan cara bekerja hibrid semakin meningkat.

"Perniagaan juga semakin berwaspada dan mengikat perut sedang pandemik berterusan dan ekonomi tetap tidak menentu.

"Syarikat yang terjejas teruk oleh tempoh pemutus litar kini tidak mengambil kontrak sewa jangka panjang tradisional dan mencari huraian pejabat alternatif seperti hotdesking dan pejabat privet lebih kecil dengan tempoh sewa lebih singkat dan fleksibel," kata Encik Muhammad Helmi sambil menjangka permintaan daripada peniaga muda, yang semakin bertambah.

Walaupun akan hanya dilancarkan sepenuhnya bulan depan, namun ruang itu sudah mempunyai dua syarikat yang menyewa.

Antaranya ialah Encik Aizaad Sallim, rakan kerjasama syarikat Teo & Aizaad LLP.

"Tiga bulan sebelum ini, saya mempertimbangkan untuk meneruskan penyewaan pejabat saya apabila timbul peluang untuk menyewa pejabat di Wizards Soho.

"Saya merebut peluang ini, bukan saja saya dapat menyewa ruang pejabat yang baru tetapi dilengkapi dengan perkakas canggih... saya dan pasukan dapat menyesuaikan diri dengan cepat kerana kami mempunyai akses kepada semua kemudahan diperlukan untuk menjalankan perniagaan," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3