Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Warga punya peranan pulihara kemudahan awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

Warga punya peranan pulihara kemudahan awam

Jan 14, 2014 | 06:00 AM

PEMBUKAAN semula Sungai Geylang, selepas lebih tiga tahun menjalani projek pemuliharaan puluhan juta dolar, amat besar ertinya kepada Singapura. Antara lain, agensi air negara PUB menerapkan ciri-ciri yang memaparkan warisan dan budaya Melayu dalam aspek estetik sungai itu. Ini termasuk tempat perlindungan dan susur yang direka sebagai kelong, sebuah pondok dengan atap seperti rumah kampung dan laluan pejalan kaki yang mempunyai rekaan berinspirasikan kain songket di beberapa bahagian penghubung taman.

Sedang Singapura pesat membangun, usaha PUB memulihara warisan dan budaya Melayu wajar dipuji. Ia sejajar dengan usaha pemerintah yang cuba mengekalkan warisan sejarah dan budaya kaum-kaum di sini, termasuk Melayu. Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), misalnya, baru-baru ini telah mengumumkan rancangan memulihara 70 bangunan bersejarah - Masjid Wak Tanjong di Paya Lebar; Pondok Pengawal (Gatehouse) Masjid Angullia di Serangoon Road; Masjid Malabar di Victoria Street; dan Hospital Alexandra.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3