Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU GEGAR VAGANZA 8

Warganet persoal sebab Nikki atasi Aliff, penyingkiran Nico G

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali dilabuh tirai konsert Gegar Vaganza 8 (GV8) yang masuk minggu keempat Ahad ini, setiap kali itu media sosial kecoh dengan komen warganet yang tidak putus-putus memberi komen.



Pada konsert ketiga kelmarin, antara soalan yang diajukan termasuk, "Apakah ini peraduan menjerit atau peraduan menyanyi?" dan "Mengapa Nico G dan bukannya Datuk Fazley Yaacob yang keluar?"



Dapat dikesan sekelumit kekecawaan di hati peminat penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, 30 tahun, apabila kedudukan teratas yang beliau pegang selama dua minggu berturut-turut menjadi milik peserta Tambunan, Sabah, Nikki Palikat, 36 tahun.



Nikki yang menyanyikan lagu terkenal Aina Abdul, Semalam, berada di tangga pertama dengan markah terkumpul 84.8 peratus, yang tertinggi diberi buat peserta GV8, sejauh ini.



Beliau mengatasi Aliff hanya dengan 0.9 peratus markah. Aliff di tempat kedua turut menampakkan peningkatan markah berbanding minggu-minggu sudah.



Dengan mempertaruhkan lagu rok kumpulan Jinbara, Kasihnya Laila, Aliff diberi markah 83.9 peratus (minggu lalu 81 peratus) meskipun ini belum cukup bagi mengatasi markah yang dikumpulkan Nikki melalui persembahan dramatiknya yang melahirkan keluh-kesah seseorang yang ditinggal kekasih.



"Nikki 'power' tapi agak menjerit suaranya. Aliff, Kak Adibah, Sa-Ya, Suki terbaik!" tulis ERzda.



Aiensyamsul pula menambah: "Sis pilih Aliff Aziz 'the best' malam ini. Niki tu nyanyi macam menjerit aje."



Sara.Baim pula menambah:



"Kalau Misha Omar jadi juri, mesti dia cakap 'soul' dan 'feel' tak ada. Nikki lebih jerit sahaja."



Memberi pengamatan jujurnya, guru vokal dan juara SG Mania 2, Nana Karia, pula menyifatkan persembahan Nikki cukup mengagumkan.



"Sungguhpun begitu, saya tidak bersetuju bahawa Nikki merupakan vokal terbaik pada konsert ketiga kerana saya dapat mengesan nota yang tidak mantap dan permulaannya ketika beliau menyanyi, kedengaran suara yang sengau sehingga sulit untuk saya hargai.



"Saya berasakan banyak lagi yang boleh dilakukan bagi menyampaikan lagu Semalam ke tahap selanjutnya. Mungkin jangkaan saya terlalu tinggi buat vokalis yang baik seperti Nikki," jelas Nana.



Di sebalik segalanya, peminat Aliff yang positif, Ayda Mohd Yusof, memberikan kata-kata perangsang buat pelantun lagu Sayang-Sayang itu.



"Tahniah Aliff! Tak kisah tangga satu atau dua. Markah Aliff semakin tinggi setiap minggu. Ini adalah tanda yang baik.



"Bagi kami, Aliff akan selalu bergelar juara! Semoga dipermudahkan segala urusan minggu mendatang."



Mempertahankan Nikki, DanCematuSaja menulis di Twitter:



"Jadi saya tidur sepanjang GV8 sehinggalah persembahan terakhir oleh Nikki (di mana beliau memberi versinya yang tersendiri dengan baik)."



Selain perihal kemenangan Nikki, turut menjadi tanda tanya dan menimbulkan rasa tidak senang warganet adalah penyingkiran kumpulan hip hop Nico G yang menyanyikan lagu Datuk Zainal Abidin, Manis.



Mereka berada di tangga paling bawah dengan markah 50.1 peratus.



Fazley, 43 tahun, yang dikecam teruk warganet pula meraih markah 54 peratus dengan penyampaian lagu dangdut, Yang Sedang-Sedang Saja.



Antara komen kesat yang dilontarkan pada Fazley termasuk daripada Generasi Kucing yang menulis:



"Keluarlah Fazley. Kau tu bukan boleh nyanyi pun. Tak pun tarik diri jelah. Kejap penyanyi, kejap cef, kejap 'motivator'... Nyanyi semput macam tu pun boleh terselamat. Setiap minggu rasa nak baling je TV dengar suara kau."



Fazley yang menjawab komen warganet di Instagram dengan penuh hemah berkata:



"Allahuakbar! Rezeki yang saya tak pernah jangka. Pentas hebat ini sangat besar untuk keupayaan saya yang sedang-sedang sahaja jika dibandingkan peserta-peserta lain yang terlalu dahsyat dalam dunia nyanyian.



"Saya seorang tukang masak yang kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman berbanding dengan rakan-rakan lain yang menjuarai sama ada pertandingan nyanyian yang hebat-hebat atau sering buat persembahan di pentas besar di kaca TV sepanjang kerjaya seni mereka. Saya tabik hormat buat semua peserta GV8. Saya sangat kerdil di sisi anda semua."



Menyedari beliau tiba-tiba mempunyai ramai 'haters' atau pembenci di media sosial, Fazley berkata ini tidak bermakna beliau akan patah semangat. Malahan, beliau kekal berusaha beri yang terbaik dari minggu sebelumnya.



Kumpulan Nico G yang terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' seawal minggu ketiga kelmarin pula mensyukuri peluang yang diberi untuk menjadi sebahagian daripada GV8.



Mereka yang menulis di Instagram berjanji akan terus berjuang dan berkarya selagi hayat dikandung badan.



Dari episod maya yang menyemarakkan perbincangan mengenai GV8 di Twitter dan Instagram, dapat dilihat bagaimana sekelip mata seorang selebriti boleh mempunyai lautan peminat dan sekelip mata lagi mempunyai lautan pembenci.



Dalam hal Fazley yang mempunyai 771,000 pengikut Instagram yang akur akan pengaruhnya sebagai pakar motivasi dan cef selebriti, pastinya mencabar juga berdepan dengan kata-kata negatif warganet dek kesan prestasinya di GV8 yang kurang menonjol.



  • GV8 disiarkan di Astro Ria (Saluran Singtel TV, 608) setiap Ahad, 9 malam.


"Saya seorang tukang masak yang kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman berbanding dengan rakan-rakan lain yang menjuarai sama ada pertandingan nyanyian yang hebat-hebat atau sering buat persembahan di pentas besar di kaca TV sepanjang kerjaya seni mereka. Saya tabik hormat buat semua peserta GV8. Saya sangat kerdil di sisi anda semua."
- Datuk Fazley Yaacob, yang menjawab komen warganet di Instagram mengenai persembahannya di GV8.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >