Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Warganet, selebriti kasihankan Fazley, Ani yang senasib

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



MENGAPA harus dua peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berada di tiga tangga terbawah diminta berdiri lama di pentas sambil menanti nasib mereka bagi minggu selanjutnya?



Apakah untuk mengaibkan mereka? Apakah sahaja untuk menimbulkan debaran?



Inilah antara soalan yang banyak diutarakan di Twitter sesudah konsert minggu kedua GV8 melabuhkan tirainya kelmarin.



Ramai yang kasihankan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 43 tahun, dan penyanyi dangdut, Ani Maiyuni, juga 43 tahun, apabila mereka berdua diminta pihak penerbitan berdiri di pentas dari awal lagi ketika segmen keputusan yang dipanggil 'Ada Lagu, Ada Lagi' berlangsung.



Pengacara Datuk Aznil Nawawi mengirim ciapan Twitter:



"Membiarkan dua peserta 'bottom 3' lama atas pentas adalah proses mengaibkan ke apa?"



Komennya menarik beberapa warganet untuk sama-sama mengulas. Antaranya Leina, yang berkata:



"Saya ingatkan saya seorang yang fikir macam ni. Kasihan pula rasanya. Lebih baiklah mereka duduk sahaja dekat bawah. Apabila tinggal tiga peserta terakhir barulah panggil naik."



Fazley yang menyanyikan lagu balada sayu Hasnol, Lagu Ku Untuk Mu, sambil mengenang semula pemergian arwah bapanya dan beberapa alumni GV yang sudah tiada seperti Datuk Nassier Wahab, Siti Sarah dan Maya Matahari, dianggap juri Hetty Koes Endang sebagai terlalu emosi sehingga terkejar-kejar muzik dengan kemantapan vokalnya terjejas.



Fazley, dalam Instagram, pula berkata:



"Jujur saya nyatakan, saya rasa terlalu kerdil berhadapan dengan semua penyanyi yang sememangnya pemenang pelbagai anugerah nyanyian. Semua vokalis hebat. Saya sekadar tukang masak yang pernah menjadi penyanyi rakaman. Kemudian menang pertandingan memasak, bukan pertandingan nyanyian."



Ani yang membawa lagu Mas Idayu, Selangit, juga sebak mengenang arwah ayahnya yang sering memberinya dorongan ketika awal-awal masuk dunia seni.



Dari segi vokal, pengadil, Hetty dan Datuk Syafinaz Selamat sama-sama merasakan walaupun dangdut merupakan 'makanan' Ani, tetap ada kegenjotan dari segi mutu dan nada suaranya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >