Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WISMA GEYLANG SERAI (WGS)

WGS tawar pengalaman beli-belah lebih meriah sepanjang Ramadan

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



PERSIAPAN dan sambutan Hari Raya di Wisma Geylang Serai (WGS) secara fizikal dijangka memberikan lebih keceriaan lagi di musim perayaan ini.



Dengan slogan #RAYAISTIMEWA, WGS berharap dapat mewujudkan Pengalaman Membeli-Belah Hari Raya Geylang Serai (GSHRSE) yang lebih meriah sepanjang Ramadan dengan kehadiran bazar Raya nanti. Bazar Raya ini bakal berlangsung dari 2 April hingga 2 Mei.



Orang ramai akan berpeluang melawat dan melanggani gerai-gerai yang tersedia, yang terletak di dalam pekarangan WGS. Namun begitu, Langkah-Langkah Pengurusan Keselamatan (SMM) akan terus dilaksanakan sepanjang acara itu.



Antara program menarik yang telah dilakarkan untuk orang ramai adalah:



  • Acara penyalaan lampu Raya bakal diadakan di WGS pada 25 Mac ini dengan tema 'Goyong Royong - Perpaduan & Ketahanan' bagi meraikan semangat kejiranan, kebaikan dan sifat tolong-menolong antara satu sama lain dalam masyarakat. Gerbang utama di sepanjang Sims Avenue dan Changi Road akan bermandikan cahaya indah serta diserikan dengan rekaan dan unsur yang bersinonim dengan motif keislaman dan bunga-bunga perayaan.

  • Sempena acara Pelancaran Lampu Hari Raya (HRLU), persembahan kebudayaan yang telah disusun khas bagi meraikan kekayaan tradisi, budaya dan gaya hidup masyarakat Melayu serta untuk mempamerkan gabungan indah rakyat Singapura yang berbilang identiti, akan dipamerkan.

Acara ini akan disiarkan secara langsung di saluran maya Facebook dan YouTube WGS.



Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menonton persembahan secara maya, sila layari laman Facebook dan YouTube WGS di Wisma Geylang Serai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >