Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WSG: Lebih 1,300 pekerja hotel dilatih tukar bidang tugas

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 1,300 pekerja di lebih 50 hotel kini sedang menjalani latihan dan dikerah melakukan peranan kerja baru atau nilai lebih tinggi sehingga Oktober lalu, kata agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Ini dilakukan di bawah Program Peningkatan Kemahiran Rekaan Semula Pekerjaan bagi industri hotel yang diperkenalkan WSG pada November tahun lalu.



Program itu membantu hotel melatih dan mempertingkat kemahiran pekerja agar mereka dapat menggalas peranan kerja direka semula dan dipertingkat sedang hotel menjalani transformasi.



Di bawah program itu, hotel boleh menerima sokongan gaji sehingga 70 peratus, dihadkan pada $2,000 sebulan bagi setiap pekerja semasa tempoh latihan hingga tiga bulan.



Jurucakap WSG berkata pihaknya gembira program itu disambut baik hotel di sini yang mengambil peluang semasa tempoh perniagaan lembap dek pandemik ini untuk mereka semula pekerjaan dan melatih pekerja.



Ini penting bagi hotel sedang mereka mengambil pendekatan proaktif untuk lebih bersedia bagi pemulihan ekonomi sementara menyokong pekerja menerusi peningkatan kemahiran agar mereka boleh melakukan peranan yang dipertingkat.



"Masa depan pekerjaan sentiasa berubah dan kemunculan teknologi baru telah membentuk semula tempat kerja dan mencabar status quo. Ini membuka peluang bagi syarikat menyemak bagaimana sesetengah pekerjaan boleh direka semula untuk diselaraskan dengan keperluan landskap perniagaan yang berubah," katanya.



Februari lalu, WSG mengumum akan mempertingkatkan program itu bagi menyediakan lebih banyak sokongan untuk waktu yang terhad dalam keadaan Covid-19 ini.



Ini termasuk melanjutkan tempoh sokongan gaji daripada hingga tiga bulan kepada enam bulan, dan meningkatkan kekerapan pengagihan sokongan daripada setiap suku kepada sekali setiap dua bulan.



Antara hotel yang memanfaatkan program itu ialah Parkroyal Collection Marina Bay yang telah menerapkan sistem concierge digital bagi tetamu memohon permintaan seperti khidmat mengemas bilik dan memesan makanan melalui sistem 'chatbot'.



Mereka juga melaksanakan sistem pengurusan bagasi yang mempermudahkan proses menyimpan dan mencari bagasi tetamu.



Pengurus besar hotel itu, Encik Melvin Lim, berkata peranan kerja seramai 16 kakitangan pejabat di barisan depan dan 10 kakitangan dapur direka semula di bawah program itu.



"Usaha rekaan semula pekerjaan membolehkan kakitangan kami melakukan pelbagai tugas pada satu masa dan mempertingkat kemahiran dalam bidang lain, seperti keselamatan bagi concierge. Pelaksanaan concierge digital dan sistem pengurusan bagasi juga terbukti telah meningkatkan produktiviti, mempertingkat pengalaman tetamu dan merangsang pendapatan," kata beliau.



Hotel Capri by Fraser pula melaksanakan sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), sebuah sistem pengurusan kain linen yang membantu mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan untuk mengasingkan kain linen mengikut jenis linen dan mengira jumlahnya.



Pengurus besar negara hotel itu, Encik Vernon Lee, berkata meskipun pandemik telah menjejas sumber perniagaan tradisional hotel tersebut, ia juga telah membuka peluang bagi mereka menyesuaikan diri pada norma baru dan bersikap tangkas.



"Demi mengatasi cabaran kekurangan tenaga kerja dan pengambilan pekerja, hotel ini memutuskan menyertai program itu untuk mempertingkat kemahiran kakitangan yang ada supaya mereka dapat melakukan pekerjaan yang diperluaskan, dan untuk mencapai hasil tenaga kerja lebih kecil," kata beliau.




Jurukemas dilatih galas tugas baru gabungkan tiga peranan kerja 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >