Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

ASIAN FOOD NETWORK PTE LTD

Wujudkan sikap inklusif di kalangan kakitangan

Apr 15, 2022 | 06:34 AM



SYARIKAT Asian Food Network Pte Ltd baru sahaja diperbadankan beberapa tahun lalu, namun ia telah pun menetapkan amalan sikap inklusif di kalangan kakitangannya.



Tidak kira apa juga latar belakang mereka, Asian Food Network Pte Ltd sentiasa mengamalkan sikap toleransi terhadap semua kakitangannya - selagi mereka berterus terang tentang latar belakang mereka.



Ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Asian Food Network Pte Ltd, Cik Anusha Aswani, 36 tahun, yang mempunyai minda terbuka berkaitan pengambilan pekerja, semasa dihubungi Berita Harian (BH).



"Sejak awal lagi kami sudah menerapkan sikap inklusif terhadap sesiapa sahaja kakitangan kami.



"Tidak kira bangsa, agama, jantina atau sekiranya mereka mempunyai masalah masa lampau. Selagi mereka berterus terang sejak awal, dan sekiranya mereka layak lakukan tugasan yang diberi, kami akan tetap terima mereka," kata Cik Anusha, yang turut tekankan tentang usaha memperkasa kaum Hawa di tempat kerjanya.



Pada masa ini, syarikat mengimport dan pengagihan makanan dan minuman itu mempunyai seramai tujuh kakitangan berbilang bangsa, kaum dan latar belakang yang berusia antara 24 dengan 38 tahun.



Cik Anusha yang pernah bekerja dalam pertubuhan perkhidmatan sosial berkata, pendedahannya kepada sektor tersebut membuatnya lebih terbuka terhadap para pemohon kerja.



Ini termasuk bekerjasama dengan penerima bantuan kebajikan serta rumah peralihan.



"Sikap empati telah lama saya tanam dalam diri saya terhadap sesiapa sahaja, termasuk kakitangan saya sendiri. Dalam syarikat ini, kisah lampau seseorang itu tidak menentukan masa depan mereka.



"Apa yang penting ialah kejujuran dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik dalam menjalankan tugas. Bagi saya ini juga satu cara untuk kami memberi semula kepada yang memerlukan tapi layak untuk lakukan kerja yang sesuai untuk mereka," tambahnya.



Pada masa ini, kakitangannya ditugaskan dalam bidang pemasaran, kewangan, jualan dan penghantaran.



Syarikatnya antara lain mengagihkan makanan seperti Tilda Basmati Rice dan minuman aloe vera dan halia jenama Simplee.



Ia diagihkan kepada sekitar 300 kedai runcit di estet perumahan serata pulau, selain beberapa pasar raya dan pusat beli belah setempat.



Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut melakukan kerja sukarela termasuk membuat sumbangan kepada pertubuhan amal dan masjid setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >