SEDANG ramai yang menghabiskan masa mengembara ke luar negara semasa cuti hujung tahun ini, saya pula menggunakan masa itu di rumah, melatih anak saya mengucapkan selamat tinggal kepada lampin pakai-buang dan menjemputnya menggunakan tandas.
Setelah dua minggu menjalani 'latihan intensif' dan mengalami kekecewaan demi kekecewaan, alhamdulillah dia berjaya kini ke tandas dengan sendiri setiap kali perlu menyahut seruan alam.