PEMILIKAN rumah di Singapura memasuki tahun ke-50 pada 2014, satu mercu tanda utama dalam sejarah HDB dan negara. Dilaksana pada 12 Februari 1964, Skim Pemilikan Rumah bagi Rakyat bertujuan memberi rakyat Singapura cagaran ketara di negara ini dan masa depan.
Hari ini, pemilikan rumah asas program perumahan awam di Singapura, dengan kira-kira 80 peratus penduduk memiliki flat HDB mereka.