Penuhi selera baru pelancong
Alam semula jadi Guilin pesona mata, umpan tekak makanan halal
Jauh perjalanan luas pemandangan. Melancong terus menjadi antara kegiatan utama dalam kalangan masyarakat Singapura. Apakah trend melancong bagi tahun ini? #pasaran meninjau pandangan agensi pelancongan.
MENJAUHI kehidupan kota, berehat sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang unik merupakan keinginan ramai pelancong Melayu/Islam yang kini lebih gemar melawat kawasan yang jarang dikunjungi ramai orang dan antaranya ialah Guilin, China.