Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BHALAL: PERSONALITI

Anak-anak suka sup, ibu pun ikut suka sup...

Mar 08, 2020 | 05:30 AM



BELIAU dikenali berkongsi ilmu Al-Quran bersama ribuan pengikutnya di media sosial.



Malah, beliau juga giat menyampaikan ceramah di serata tempat dan pernah diundang berdakwah menerusi satu program di satu saluran Malaysia.



Namun, Ustazah Liyana Musfirah Anwar juga merupakan ibu tiga anak kecil dan sering meluangkan masa bersama mereka.



Apakah yang beliau sering amalkan sebelum menyampaikan ceramah dan apakah yang biasanya dijamu bersama anak-anak?



Ikuti wawancara bersama Ustazah Liyana Musfirah.



Soalan: Apakah yang Ustazah suka masak buat anak-anak? Kenapa?



Jawapan: Anak-anak saya suka makan sup, jadi saya masakkan mereka sup makaroni, sup ayam, sup tahu, sup tomato serta nasi ayam dengan sup.



Oleh kerana mereka sangat gemarkan sup, saya pun suka masakkan sup buat mereka.



Soalan: Kalau Ustazah keluar bersama anak-anak, juadah apa yang selalu dinikmati bersama? Kenapa?



Juadah yang tak pedas kerana anak-anak saya tak suka makanan pedas. Oleh itu bila saya keluar bersama mereka, saya akan memilih makanan yang kurang pedas.



Kami selalunya makan nasi ayam panggang dengan chap chai (campuran sayur).



Kalau tidak pun, kami juga suka menjamu hidangan makanan laut termasuk ikan kukus dan sup ikan.



Soalan: Dengan pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan juadah pencuci mulut yang halal sekarang, apakah pencuci mulut kegemaran Ustazah? Kenapa?



Pencuci mulut kegemaran saya ialah buah-buahan, lebih-lebih lagi apabila saya bersama anak-anak. Mereka sangat suka buah epal dan pisang!



Saya pun suka makanan Thai dan suka menjamu selera di restoran Thai. Jadi, saya juga suka makan salad mangga tanpa cili padi sebagai pencuci mulut.



Kalau tidak pun, saya akan memesan pulut mangga Thai.



Soalan: Ustazah ada pantang yang diamalkan tak? Contohnya, sebelum menyampaikan ceramah, apa amalan yang diikuti Ustazah dari segi pemakanan? Dan kenapa?



Saya selalunya minum teh panas dengan sedikit sahaja gula sebelum menghadiri apa jua acara.



Saya suka teh yang berperisa seperti teh strawberi, raspberi dan beri biru. Saya memang suka teh berperisa buah!



Kalau dari segi gula pula, saya lebih suka gula perang.



Namun, saya gunakan sikit saja gula kerana saya sudah kurangkan pengambilan gula sejak mula pergi ke gim dan jurulatih saya juga membantu dengan diet saya.



Soalan: Apakah makanan kegemaran Ustazah dan mengapa?



Makanan kegemaran saya ialah ayam lemak cili padi. Saya tahu ia tidak begitu sihat tetapi apabila saya memakannya, ia membuat saya rasa cukup gembira.



Kalau tidak dapat memakannya satu atau dua kali dalam masa sebulan, saya akan rasa macam terkilan.



Saya juga sukakan sup dan makanan Thai, jadi tidak hairanlah kalau antara makanan kegemaran saya ialah sup tom yam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >