MEREKA berasak-asak ingin ke hadapan. Ada yang menolak dan menyiku. Ada pula yang memekik marahkan orang sebelah yang turut sama ingin maju.
Apa yang saya gambarkan di atas mungkin persis asakan para pembeli di sebuah kedai lelong. Atau mungkin sekumpulan peminat kumpulan K-Pop yang cuba mengintai anggota kumpulan pujaan mereka.