Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Anak muda 'jiwa Melayu' imbangi pelajaran dan kegiatan kebudayaan

Feb 26, 2020 | 05:30 AM



KEINDAHAN dan kekayaan budaya Melayu sering tidak diketahui ramai di Singapura.



Sebagai seorang anak Melayu, Fadhil Azhim Said percaya beliau mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan identiti Melayu yang kuat dan terus menghidupkan budaya Melayu.



Dek semangat kental bekas pelajar Maktab Rendah Anglo Chinese (ACJC) itu, beliau telah menggunakan Kelab Kebudayaan Melayu (MCS) di sekolah itu sebagai cara untuk menunjuk rakan-rakannya yang mempunyai bangsa berlainan keindahan budayanya.



"Kami telah menyediakan persembahan yang bertajuk 'Cahaya Di Hujung Senja' sempena sambutan Tahun Baru Cina di sekolah tahun ini.



"Ia dipersembahkan dalam bahasa Melayu dan mempunyai sarikata bahasa Inggeris di skrin di belakang kami sepanjang persembahan supaya mereka yang tidak memahami bahasa Melayu masih boleh menikmati persembahannya," kata Fadhil, yang telah menghasilkan persembahan berdasarkan buku teks bahasa Melayu untuk peringkat 'A'.



Selain daripada mengurus persembahan yang dihasilkan oleh MCS, pelajar berumur 18 tahun itu juga menjalankan bengkel teater untuk pelajar di peringkat sekolah menengah.



Dalam bengkel ini, Fadhil mengajar asas teater Melayu dan Inggeris dengan melibatkan mereka dalam latihan berlakon.



Di samping itu, anak bongsu dalam lima adik-beradik itu juga sering melibatkan diri dalam aktiviti sukarela melalui inisiatif tempatan seperti Ramadan On Wheels dan juga di luar negara, antaranya di Vietnam dan Kemboja di mana beliau mengajar kanak-kanak bahasa Inggeris serta membina rumah bagi mereka yang memerlukan.



"Melalui pengalaman ini, ia telah membolehkan saya untuk berfikiran terbuka dan melihat dunia dengan berbeza. Ia juga membuat saya rasa empati dan memahami mereka dengan lebih baik," kata Fadhil.



Baru-baru ini, Fadhil telah menerima keputusan GCE peringkat 'A', yang menurutnya, memuaskan hati.



Semasa persiapan untuk peperiksaannya, beliau turut aktif dalam MCS dan juga aktiviti sukarelawan.



Fadhil berkata pengurusan waktu yang baik adalah penting untuk mengekalkan grednya.



"Saya telah menyusun jadual waktu supaya saya lebih berdisiplin dan memastikan saya mempunyai masa untuk belajar pada waktu-waktu tertentu," jelas Fadhil.



Berkat kerja kerasnya, beliau berjaya meraih keputusan yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dalam bidang biologi.



"Walaupun saya akan melanjutkan pengajian di universiti, saya akan turut melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat Melayu dan terus berkongsi keindahan dan kekayaan budaya Melayu yang saya cintai," ujar Fadhil.




"Saya telah menyusun jadual waktu supaya saya lebih berdisiplin dan memastikan saya mempunyai masa untuk belajar pada waktu-waktu tertentu. Walaupun saya akan melanjutkan pengajian di universiti, saya akan turut melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat Melayu dan terus berkongsi keindahan dan kekayaan budaya Melayu yang saya cintai."
- Fadhil Azhim Said, bekas pelajar Maktab Rendah Anglo Chinese (ACJC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >