Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Anak seronok belajar dengan bermain

Oct 19, 2020 | 05:30 AM



DALAM artikel ini, kita akan melihat bagaimana kanak-kanak belajar daripada sesuatu yang mereka dapat lakukan dengan sebaik-baiknya iaitu bermain.



Bermain adalah penting untuk kanak-kanak sehinggakan para penyelidik masih lagi mengkaji kesannya terhadap perkembangan kognitif.



Emosi-emosi yang positif seperti kebahagiaan, keseronokan, dan kegembiraan sering kali berkaitan dengan saat-saat yang menyenangkan yang diperoleh daripada bermain.



KAITAN BERMAIN DAN PEMBANGUNAN MENTAL



Kanak-kanak yang bermain dengan baik berkemungkinan besar akan mempunyai pembangunan kesihatan mental yang baik.



Teori di sebalik stages of play bermula pada 1929 apabila seorang pakar sosiologi Amerika, Mildred Parten Newhall, menjadi orang yang pertama mencipta teori tersebut.



Pada dasarnya, Newhall mengenal pasti 6 stages of play yang meningkatkan pengalaman seseorang kanak-kanak apabila dia sedang membesar.



Walaupun teori ini sudah berusia hampir 90 tahun, rangka kerjanya masih lagi boleh digunakan sehingga ke hari ini.



Apabila kanak-kanak melangkah daripada satu stage of play ke stage yang seterusnya, permainan mereka akan menjadi lebih rumit and melibatkan interaksi bersama individu lain.



Selain daripada permainan yang eksploratif, manipulatif, kreatif dan membina, kanak-kanak juga dikehendaki untuk mempelajari teknik bermain yang melibatkan kanak-kanak lain.



Ini merupakan sebahagian daripada kemahiran kehidupan seperti bekerjasama, bertolak ansur, dan penyelesaian masalah, dan lebih kerap mereka melakukannya, lebih mudah mereka akan mengingati irama dan melodi interaksi sosial.



Nabi Muhammad saw telah menunjukkan minat yang besar dalam bermain bersama kanak-kanak.



Penglibatan baginda dalam permainan kanak-kanak menunjukkan betapa pentingnya untuk kita untuk bermain dan berinteraksi bersama anak-anak kita.



Sebagai ibu bapa, kita akan bercakap dengan anak-anak kita setiap masa - secara langsung atau tidak langsung.



"Duduk di sini."



"Cepat, atau kita akan lambat." "Bagus!"



"Jangan lakukan itu."



Walau bagaimanapun, rahsia dalam berinteraksi dengan anak-anak kita terletak pada pembinaan perbualan yang bertukar-tukar.



Bahkan, satu kajian di Harvard mengesyorkan bahawa komunikator-komunikator yang mahir selalunya akan bertukar menjadi perunding-perunding yang hebat!



Hasil kajian ini menunjukkan bahawa melakukan pendekatan tersebut pada awal usia (biasanya antara empat hingga enam tahun) akan membantu untuk membangunkan, memupuk, dan memperbaiki salah satu kemahiran yang paling penting dalam meyumbang kepada kejayaan dalam kehidupan: Komunikasi.



Para pengkaji dari Harvard itu juga mendapati bahawa kanak-kanak yang mahir dalam berkomunikasi dengan orang lain mempunyai tahap pengawalan diri yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.



Mereka juga menunjukkan keupayaan yang lebih tinggi untuk membuat keputusan dalam pelbagai topik, termasuklah matematik dan sains.



PERANAN IBU BAPA



Sebagai ibu bapa, perlu ingat bahawa kanak-kanak memerlukan masa untuk membina kemahiran mereka dalam bermain.



Sediakan ruang yang banyak di dalam dan luar rumah untuk bermain dan aturkan play dates dengan kerap apabila anak-anak anda sudah bertemu dengan kanak-kanak yang lain.



Kanak-kanak belajar daripada melihat, mendengar dan meniru apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka, dan dengan mempraktikkan gaya hidup yang aktif dalam kehidupan anda sendiri, anda boleh menunjukkan kepada anak-anak anda tentang kepentingan dan keseronokan dalam menjadi aktif. Menggayakan kehidupan yang aktif adalah penting untuk permainan anak anda.



Sediakan bahan-bahan mainan dengan cara yang berbeza dan perkenalkan bahan-bahan mainan yang baru pada jarak masa yang sama. Ajarkan kepada mereka kemahiran pengerakan yang asas, seperti membaling, melompat, berlari, menari dan balancing.



Anda juga boleh:



Matikan TV, tablet dan derau latar dari peralatan elektronik.



Sediakan props seperti mainan dan peralatan lain.



LIBATKAN DIRI DALAM \PERMAINAN ANAK



Berikan masa yang banyak untuk permainan bebas.



Libatkan diri dalam permainan mereka dengan memberikan mereka peluang untuk mengetuai permainan itu atau dengan anda menunjukkan mereka cara untuk melakukan permainan tersebut.



Tiru, teliti dan tanya soalan-soalan mengenai aktiviti yang sedang dilakukan oleh anak anda. Berikut adalan contoh-contoh soalan yang umum!



Apa pendapat anda?



Mengapa anda berfikir begitu?



Bagaimana anda tahu mengenai ini?



Bolehkah anda memberitahu saya lebih tentang ini?



Perkenalkan kepada mereka bahanbahan seperti cat dan play dough untuk menggalakkan permainan yang kreatif. Penyelerakan merupakan proses membina kreativiti maka sedikit kucar-kacir harus dibenarkan.



Libatkan anak-anak di dalam rutinrutin harian! Bersihkan rumah bersama-sama! Cuba sebuah resipi yang baru! 



  • Penulis Pengetua Pusat Kanan, PCF Sparkletots Preschool@Kebun Baru Blk 172 dan anggota Perikatan Karyawan Prasekolah Mendaki (MAPP).


BINA KREATIVITI ANDA DENGAN MEMBUAT MAINAN SENDIRI!



Berikut pautan yang mampu memberi ilham kepada anda untuk melakukannya!



Cara buat mainan daripada barang dikitar semula: https://bit.ly/3jYrPXg



Tukar kotak kadbod jadi mainan: https://bit.ly/34ZU7dP



Kotak kadbod jadi 'pentas' mainan: https://bit.ly/3dHCwvf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >