Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Anak...satu je?

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



"SATU saja dah cukup..."



Kenyataan itu disebut dengan penuh yakin, disusuli senarai faktor yang pada pendapat teman saya menyumbang kepada keputusan beliau dan suami untuk tidak mempunyai lebih daripada seorang anak.



Beliau seolah telah sediakan 'supporting argument' untuk pertahankan keputusannya itu jika ia dipersoalkan.



Menurutnya, ada juga sesetengah pihak yang berkata kalau anaknya tidak mempunyai adik-beradik nanti sunyi, atau hidup sebagai ibu bapa lebih meriah di waktu senja kalau ramai anak dan sebagainya.



Namun, katanya hal-hal tersebut agak 'remeh' berbanding cabaran masa depan yang menentukan haluan beliau dan suami dalam membesarkan anak, terutama sekali dalam keadaan dunia pascapandemik yang agak 'menggerunkan' ini.



Lebih ramai golongan muda yang prihatin akan cabaran membesarkan anak zaman sekarang dan tidak hairan jika ramai hanya inginkan seorang anak atau tidak inginkan anak.



Kadar kelahiran di Singapura jatuh ke tahap paling rendah pada 2020 dengan Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) yang merosot hingga 1.10 berbanding 1.14 tahun sebelumnya.



Jumlah wanita warga Singapura berusia 40 hingga 49 tahun dengan hanya seorang anak pula meningkat kepada 24 peratus berbanding 19 peratus sedekad lalu, menurut banci penduduk 2020.



Dalam pada itu, wanita golongan usia itu yang sudah berkahwin tetapi belum melahirkan pula meningkat kepada 13.5 peratus berbanding 9.3 peratus sedekad lalu.



Yang jelas, kos sara hidup yang semakin meningkat membuat lebih ramai pasangan muda, yang kebanyakannya lebih celik wang, berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk menambah anggota keluarga mereka.



Bagi mereka 'mampu' sahaja tidak cukup dan lebih menitikberatkan mutu, baik dari segi pendidikan, pengalaman atau material yang diberikan kepada anak.



Contohnya, mungkin dari segi kewangan, pasangan mampu memenuhi keperluan asas bagi dua atau tiga orang anak, tetapi mereka memilih untuk menumpukan sumber dan juga perhatian kededua ibu bapa kepada seorang anak untuk memberikan yang 'terbaik' yang mampu.



Baru-baru ini, hasil tinjauan berkaitan belanjawan isi rumah di Singapura mendapati pasangan yang mempunyai seorang anak kecil dan seorang remaja memerlukan sekitar $6,426 sebulan bagi memenuhi keperluan asas.



Dengan kadar kos sara hidup yang tinggi di Singapura - dijangka meningkat pada masa akan datang - pasangan muda sedar bahawa mereka perlu mengimbangi keperluan keluarga dan kerjaya yang perlu dibangunkan bersama.



Lebih ramai golongan wanita juga yang kini menitikberatkan pencapaian mereka dalam hidup, sama ada dari segi pendidikan, kerjaya mahupun dalam mengejar minat masing-masing dan kadang kala lebih rela menangguhkan rancangan mempunyai atau menambah anggota keluarga.



Dalam pada itu, ketidaktentuan yang berpunca daripada pandemik yang melanda dunia juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pasangan mempertimbangkan keputusan mereka menambah bilangan anak.



Kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi dunia jelas menunjukkan bagaimana sesuatu yang tidak dijangkakan seperti itu boleh menjejas kehidupan ramai secara drastik dan tiba-tiba dan ini membuat ramai mempertimbangkan cara untuk cuba memastikan hidup keluarga tidak begitu terjejas.



Contohnya, pasangan dengan seorang anak mungkin lebih mampu bertahan berbanding pasangan yang mempunyai ramai anak, jika salah seorang atau kededua mereka diberhentikan kerja secara tiba-tiba.



Dengan virus Covid-19 yang masih tetap berleluasa seluruh dunia, isu keselamatan dan kesihatan kededua ibu yang mengandung dan juga anak kecil turut menjadi keprihatinan utama.



Menurut teman saya, beliau tak ingin hamil lagi kerana "tak tahu varian apa lagi yang keluar nanti lepas ni..."



Keputusan berkaitan keluarga dan anak ini memang terletak di atas tangan pasangan kerana mereka (biasanya) lebih sedar akan kekuatan dan kelemahan sendiri.



Kita perlu berikan peluang kepada pasangan untuk menetapkan haluan hidup keluarga mereka sendiri- nak ada ramai ke seorang anak ke atau tidak ada anak sekalipun.



"Tapi anak itu rezeki dalam Islam..."



Anak juga amanah dan amanah kalau tak jaga betul-betul, salah juga.



Islam juga agama yang mementingkan kualiti, bukan kuantiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >