MASYARAKAT Melayu/Islam tidak harus mudah "terpikat" dan terjebak dengan kemudahan mendapatkan pinjaman wang menyusuli kemunculannya syarikat-syarikat kredit berlesen yang tumbuh bagai cendawan di beberapa estet perumahan seperti Toa Payoh, Ang Mo Kio dan Tampines.
Walaupun syarikat-syarikat itu kini mudah ditemui di "depan mata ", sering kali ia meninggalkan kesan negatif bagi golongan yang menggunakan khidmat itu kerana masalah kadar faedah tinggi yang dikenakan syarikat-syarikat tersebut.