Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Wanita BERDAYA TAHAN, BERHATI MULIA

Bangkit dari kesempitan untuk kecapi masa depan lebih cerah berkat usaha

Nov 11, 2019 | 05:30 AM



HUJAN lebat memukul khemah beliau. Sarat mengandung dengan anak ketiga, sambil mengurus dua lagi anak berusia antara empat dengan enam tahun, beliau hanya mempunyai roti dan makanan dalam tin sebagai bekalan.



Namun, ini bukan sesi berkhemah biasa. Inilah sebenarnya tempat berteduh Cik Liyana Dhamirah Selamat sekeluarga selama tiga bulan.



Namun, semua ini berlaku sedekad lalu. Kini, Cik Liyana, sudah pun memiliki rumah flat empat bilik. Beliau juga kini bergelar usahawan dan telah menerbitkan buku sendiri.



Baru-baru ini, Cik Liyana diiktiraf sebagai Wanita Berdaya Tahan atau Woman of Resilience di Anugerah Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) yang diadakan di Hotel Shangri-la.



Majlis penyampaian anugerah tahunan itu, yang bertujuan meraikan individu dan pertubuhan yang mempromosikan kesaksamaan jantina di Singapura, turut mengiktiraf dua lagi individu.



Mereka ialah ahli sosiologi Teo You Yenn dan mangsa gangguan seksual Monica Baey.



Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Liyana, 31 tahun, berkata: "Anugerah ini adalah pengesahan bahawa suara saya akhirnya didengari. Memperjuangkan usaha bagi mereka yang kurang bernasib baik dan tidak ada tempat tinggal bukanlah mudah, tetapi kita boleh lihat lebih banyak pertubuhan yang tampil ke depan untuk beri sokongan."



Perjuangan untuk sampai ke tahap ini bukanlah satu yang mudah, ujarnya.



"Apabila saya imbas kembali, saya tidak tahu bagaimana saya dapat melalui itu semua. Saya hampir putus asa," kata beliau menceritakan sejarah hidupnya yang masih segar dalam ingatan.



Diusir dari rumah ibu mertuanya, beliau dan bekas suaminya berkhemah di Sembawang Park.



"Dari situlah saya menjumpai keluarga lain yang tidak mempunyai rumah kerana saya tertanya-tanya kenapa mereka tak balik-balik?" ujar kakak tiga adik-beradik itu.



Selepas tiga bulan berpindah randah dari pantai ke pantai, beliau akhirnya menetap di sebuah rumah tumpangan di Havelock Road, berkat bantuan dua insan berhati mulia.



Apabila mentari mula menampakkan sinar dalam kehidupannya, suaminya pula dipenjara selama enam bulan kerana mencuri.



"Saya baru bersalin dan saya ada dua anak yang bersekolah. Saya terfikir... Apa saya nak buat?" ujar beliau, yang menyifatkan hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada satu ketika jumlah yang tertera di akaun banknya hanya $5.35.



Meminjam duit tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau.



Tatkala sedang berjalan di kolong bloknya, beliau terjumpa bagasi yang mengandungi barangan perhiasan, jarum, benang dan sebagainya.



Dari situlah idea terlahir untuk membuat aksesori untuk dijual.



Berkat wang bantuan sebanyak $400, Cik Liyana melabur dalam komputer riba yang beliau gunakan untuk mengikuti kursus keusahawanan.



Pada 2013, beliau menubuhkan syarikat Virtual Assistants Singapore, yang menyediakan perkhidmatan sokongan bisnes dari segi operasi harian.



"Saya mencari cara meraih pendapatan yang mengizinkan menjaga anak saya pada masa yang sama," kata beliau, yang waktu itu sudah bercerai dengan bekas suaminya.



Cik Liyana, yang kini hidup bahagia dalam perkahwinan keduanya, berkata beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain.



Beliau, yang kongsi kisah hidupnya dalam buku Homeless tulisannya, berkata: "Semua yang terjadi ada sebabnya. Apa jua sebabnya, ia adalah untuk kebaikan kita.



"Kita mempunyai dua pilihan. Ada yang memilih jalan yang senang tetapi kurang baik seperti meminjam daripada 'ah long'... Tetapi saya memilih jalan yang meskipun susah, asalkan halal."




"Semua yang terjadi ada sebabnya. Apa jua sebabnya, ia adalah untuk kebaikan kita.

Kita mempunyai dua pilihan. Ada yang memilih jalan yang senang tetapi kurang baik seperti meminjam daripada 'ah long'... Tetapi saya memilih jalan yang meskipun susah, asalkan halal."

- Cik Liyana Dhamirah Selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >