FAKTOR seperti nostalgia mengekalkan bangunan yang ikonik serta harga jualan yang rendah mungkin menghambat penjualan kolektif atau en bloc pusat beli-belah Queensway Shopping Centre.
Menurut pengamat industri yang ditinjau, pusat beli-belah itu adalah istimewa bagi ramai peniaga yang sudah berniaga sejak bertahun-tahun lamanya lantas menyebabkan ramai keberatan untuk menjual manakala ada yang mahukan tawaran lebih tinggi.