Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bapa juga perlu jaga keperluan diri

Sep 03, 2020 | 05:30 AM



RAMAI ibu bapa pasti bersetuju bahawa apabila seorang anak itu dilahirkan, dia akan serta merta menjadi keutamaan nombor satu.



Sejak detik itu, dorongan untuk memastikan si kecil selamat, sihat dan bahagia mengatasi segalanya.



Bagaimanapun, pakar menasihatkan, sedang mengutamakan kesejahteraan anak itu adalah penting dan naluri semula jadi keibubapaan, namun sama penting juga bagi ibu dan bapa 'menjaga diri' dengan melakukan perkara yang dapat melindungi kesejahteraan diri mereka sendiri.



Ibu bapa harus prihatin bahawa mereka tidak perlu berasa 'bersalah' sekiranya mereka meletakkan keperluan mereka dahulu - pada masa-masa tertentu - sebelum keperluan anak-anak.



Namun, apabila bercakap mengenai menjaga diri, mengasihi diri dan meluangkan masa untuk diri sendiri, subjek itu lazimnya diarahkan kepada kaum ibu.



Bagaimana pula dengan kaum bapa?



Memberi contoh, aktivis kebapaan, Encik Eruandee Prayitna, berkata seseorang hanya perlu melakukan pencarian di Internet dan media sosial untuk mendapatkan pelbagai bahan bagi kaum ibu untuk 'menjaga diri', mendapatkan sokongan atau mengakui tekanan yang dilalui kaum ibu.



Malangnya, bahan sedemikian untuk kaum bapa amatlah kurang.



"Bila kita menjadi seorang bapa, tidak ada manual yang diberikan kepada kita untuk membimbing kita menjadi bapa yang baik. Jadi penting untuk bukan hanya untuk bapa memahami keperluan anak-anak mereka, tetapi juga menghargai keperluan mereka sendiri bagi memastikan mereka kekal sihat dari segi mental, emosi dan juga fizikal," ujar Encik Eruandee, Timbalan Ketua, Pendampingan dan Jangkauan Pusat Kebapaan (CFF), yang mengendalikan gerakan 'Bapa Sepanjang Hayat'



Kajian di Australia menunjukkan, satu daripada setiap 10 bapa mengalami kemurungan dalam 12 bulan pertama setelah kelahiran anak, manakala selepas usia itu, jumlahnya ialah satu bagi setiap lapan bapa.



Menurut pakar, antara tanda-tanda yang menunjukkan tenaga si bapa mula mereneh ialah apabila bapa itu tidak mendapat tidur yang mencukupi, mudah marah, sering jatuh sakit dan kurang ceria.



Sehubungan dengan itu, langkah-langkah bagi seorang bapa menjaga diri dengan lebih baik adalah dengan pemakanan lebih baik, bersenam secara kerap, tidur dengan secukupnya atau mengambil masa bercuti singkat seorang diri, atau dengan isteri sahaja.



"Jika anda seorang bapa dan rasa tertekan dengan kehidupan mengimbangi tanggungjawab kebapaan, kerja dan sebagainya, ada beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan.



"Antaranya anda boleh telefon rakan lelaki yang rapat dengan anda, berjumpa dengan beliau, 'lepak' dan cuba tenangkan fikiran," ujarnya.



Encik Eruandee menambah, paling penting adalah untuk golongan bapa turut menghargai bahawa usaha mendapatkan sokongan dan bantuan bukanlah tanda kelemahan tetapi satu nilai terpuji kerana ia bermakna seseorang itu mahu menjadi bapa yang lebih baik.



"Melebihi itu, ada sumber-sumber di luar sana yang boleh anda manfaatkan, termasuk program-program yang telah disediakan oleh Pusat Kebapaan atau CFF," tambah Encik Eruandee lagi.



Encik Eruandee berkata bapa yang memerlukan sokongan boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web https://fathers.com.sg atau menerusi akaun Facebook Bapa Sepanjang Hayat.




RENCANA "Bila kita menjadi seorang bapa, tidak ada manual yang diberikan kepada kita untuk membimbing kita menjadi bapa yang baik. Jadi penting untuk bukan hanya untuk bapa memahami keperluan anak-anak mereka, tetapi juga menghargai keperluan mereka sendiri bagi memastikan mereka kekal sihat dari segi mental, emosi dan juga fizikal."
- Encik Eruandee Prayitna, Timbalan Ketua, Pendampingan dan Jangkauan Pusat Kebapaan (CFF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >