Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Baru saja jadi pengerusi AMP dah letak jawatan: Zhul jelaskan...

Mar 15, 2020 | 09:49 AM



ADA yang tertanya-tanya mengapa peguam Encik Zhulkarnain Abdul Rahim mengundur diri sebagai Pengerusi AMP hanya dua bulan setelah mula meyandang jawatan tersebut pada Januari tahun lalu.



Dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM) baru-baru ini, Encik Zhulkarnain menjelaskan beliau berbuat demikian setelah menganggotai sebuah parti politik.



Langkah itu adalah untuk mengekalkan reputasi badan itu sebagai pihak yang tidak menyokong mana-mana parti politik, kata Encik Zhulkarnain.



Beliau sebenarnya terlibat dalam AMP seawal 2014 sebagai anggota lembaga pengarahnya.



Pada 2015, beliau dilantik naib pengerusi, sebelum mengambil alih jawatan pengerusi pada Januari tahun lalu daripada Encik Abdul Hamid Abdullah yang ingin bersara.



Namun, Encik Zhulkarnain mengundur diri dua bulan kemudian, menyerahkan jawatan pengerusi kepada Dr Md Badrun Nafis Saion.



Encik Zhulkarnain menganggotai sebuah parti politik pada hujung 2017, tetapi secara rasmi mengundur diri daripada parti itu pada Februari 2019.



“Sebenarnya saya memang ingin undur diri (daripada AMP) seawal pertengahan 2018.



“Tetapi, kerana pengerusi AMP berhasrat ingin bersara, saya terima amanah jawatan pengerusi kerana saya anggap itu tanggungjawab saya untuk laksanakan perancangan peralihan kuasa AMP dan program yang kami rancangkan dulu.



“Memandangkan saya tidak mahu isu ini mengganggu AMP daripada misi utamanya, dan apa-apa tanggapan tentang kepartisanan, saya undur diri daripada lembaga itu pada 28 Mac 2019,” kata Encik Zhulkarnain.



Dalam pada itu, Pengerusi AMP sekarang Dr Md Badrun pula memberitahu BM bahawa AMP tahu mengenai penglibatan Encik Zhulkarnain sebagai relawan akar umbi dan keanggotaannya dalam parti politik.



“AMP mendapat tahu Encik Zhulkarnain merupakan seorang anggota parti politik setelah beliau dilantik Pengerusi AMP.



"Sejajar dengan kedudukan AMP sebagai tidak memihak kepada mana-mana parti politik, demi kepentingan AMP, lembaga AMP dan Encik Zhulkarnain sama-sama bersetuju supaya beliau berundur sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah.



“Ini akan memberinya ruang untuk meneruskan kerja masyarakat. Hubungan kami dengan Zhul kekal positif. Kami menghargai sumbangan beliau kepada AMP sepanjang enam tahun dan juga dalam tahun-tahun mendatang,” ujar Dr Badrun.



Secara kebetulan tahun lalu, ibu Encik Zhulkarnain juga disahkan menghidap barah tahap ketiga. Kemudian, Encik Zhulkarnain dan isterinya juga ‘dipanggil’ untuk mengerjakan haji.



Oleh itu, beliau fikir ada baiknya juga beliau mengundur diri daripada lembaga AMP waktu itu, kata Encik Zhulkarnain.



Meskipun berundur diri daripada lembaga AMP, beliau masih membantu AMP dalam jawatankuasa konvensyen keempat badan itu yang dijadual pada 2022, dan program-program lain.



Encik Zhulkarnain akur AMP, yang ditubuhkan pada 2001, harus kekal tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.



“Memandangkan sejarahnya, AMP harus kekal tidak partisan.



“Saya fikir ada baiknya begitu, lebih-lebih lagi sekarang dalam keadaan dunia yang lebih memecahbelahkan daripada menyatukan,” kata Encik Zhulkarnain.



*Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >