Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Bayaran tanpa tunai semakin popular di Asia Tenggara

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



ZAMAN mengeluarkan wang kertas dan syiling semakin berkurangan.



Trend tanpa tunai kini semakin meningkat di Asia Tenggara dengan lebih ramai yang menyentuh dan melalukan telefon bimbit mereka untuk membuat pembayaran.



Menurut Google, Temasek dan Bain, penerimaan pembayaran digital di Asia Tenggara akhirnya mencapai titik lengkok balas.



Jumlah ini melepasi AS$1 trilion ($1.34 trilion) menjelang tahun 2025, merangkumi lebih kurang satu dolar dalam setiap dua dolar yang dibelanjakan di rantau ini.



Kami teruja melihat pembayaran digital menjadi suatu kebiasaan yang baru di Asia Tenggara.



Malahan, negara Vietnam nampaknya mendahului semua ini dengan menggalakkan rakyatnya menuju ke arah pembayaran digital.



Tinjauan PWC mendapati bahawa peratusan pengguna yang menggunakan khidmat pembayaran bergerak di Vietnam meningkat daripada 37 peratus pada tahun 2018 ke 61 peratus pada tahun ini, peningkatan paling tinggi dalam kalangan enam negara-negara Asia-Tenggara yang terlibat dalam tinjauan ini.



Negara-negara Asia-Tenggara lain yang mempunyai lebih banyak penduduk yang bergerak ke arah sistem tanpa tunai ialah Thailand dengan sebanyak 67 peratus pengguna telahpun menggunakan pembayaran bergerak.



Ini diikuti dengan Indonesia (47 peratus), Singapura (46 peratus), Filipina (45 peratus) dan Malaysia (40 peratus).



Pertumbuhan positif ini mungkin berpunca daripada usaha berterusan pihak pemerintah dan perusahaan sepanjang dua tahun ini untuk meningkatkan penerimaan tanpa tunai.



Singapura contohnya telah melancarkan inisiatif Negara Bijak pada tahun 2014 untuk mencipta huraian menggunakan teknologi merentas pemerintah, industri dan masyarakat.



Singapura juga melancarkan program yang bersasaran untuk menggalak pembayaran tanpa tunai, termasuk khidmat perangkai padan PayNow pada 2017 dan SGQR pada 2018, suatu spesifikasi Kod QR am yang pertama di dunia bagi tujuan e-bayar yang membolehkan kod QR tunggal digunakan oleh peniaga.



Perniagaan tanpa tunai menggerakkan ekonomi yang lebih kukuh.



Kelebihan tanpa tunai



Mengapakah pemerintah bertungkus lumus melancarkan arus inovasi teknologi kewangan yang baru, menggalakkan orang ramai mengetepikan wang kertas dan syiling, dan sebaliknya membuat transaksi menggunakan telefon bimbit?



Pertama, pembayaran tunai mahal dan melecehkan. Kos pemprosesan wang tunai dan cek di Singapura kira-kira $2 bilion - atau 0.5 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar pada 2015.



Visa menganggarkan negara-bandar dijangkakan meraih $8.9 bilion hasil manfaat langsung daripada urusan tanpa tunai sepenuhnya, satu penambahan kesan pemangkin yang akan kelihatan dalam keuntungan produktiviti dan ketumbuhan GDP.



Kedua, tanpa tunai membolehkan perniagaan yang lebih baik khususnya usahawan-mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang merangkumi antara 89 peratus hingga 99 peratus daripada kesemua perusahaan dan menggajikan antara 52 peratus hingga 97 peratus jumlah keseluruhan tenaga kerja di sepuluh negara anggota Asean.



Apakah kesan tanpa tunai kepada individu?



Eric Goh menguruskan restoran gabungan Jepun di Singapura yang dikenali sebagai Unagi versus Salmon. Pada Januari tahun lalu, Eric menyertai GrabFood dan pada April, beliau mendapatkan pinjaman kredit untuk pembelian melalui GrabFinance agar beliau dapat membayar pembekal-pembekalnya tepat pada waktu.



Dalam sesingkat enam bulan, Unagi versus Salmon mencapai kira-kira 20-30 peratus keuntungan yang Eric anggap berpunca daripada keuntungan produktiviti yang disebabkan oleh proses pemerolehan yang beliau implementasikan melalui pinjaman kami.



Contoh Eric ini menunjukkan bahawa perniagaan berbentuk tradisional seperti perniagaan makanan dan minuman, boleh turut serta dalam arus tanpa tunai untuk mencapai ketumbuhan.



Bagi kebanyakan SME, perkhidmatan kewangan berasaskan mudah-alih membekalkan akses pertama kepada penyelesaian kepada pengurusan pinjaman dan kewangan.



Perjalanan tanpa tunai Asean seterusnya



Tanpa tunai sudah menjadi suatu yang lumrah, dan usahawan dan perniagaan kita sudah pun meraih manfaat daripadanya.



Adakah kita mempunyai ruang untuk berkembang?



Saya percaya ada dan kita mempunyai potensi untuk mencapai tiga matlamat penting.



Pertama, kita patut berusaha untuk menjadi negara tanpa tunai sepenuhnya. Asean adalah sebuah rantau yang mempunyai ketersambungan Internet dan telefon yang kuat.



Dari Singapura ke Vietnam, ketepuan mudah alih sering pada peringkat tinggi.



Penduduk-penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna Internet yang paling khusyuk, dan mereka menghabiskan lebih daripada empat jam dalam menggunakan telefon pintar mereka, berbanding pengguna-pengguna di AS dan UK.



Ini bermakna, kita mempunyai golongan yang aktif dan khusyuk dan, tahu akan proses digital serta bersedia untuk menjadi pengguna tanpa tunai.



Kedua, kita boleh memanfaatkan kelebihan aplikasi kewangan berasaskan mudah-alih untuk meningkatkan penembusan perbankan, yang masih rendah di rantau ini.



Hanya 47 peratus daripada penduduk Asia-Tenggara mempunyai akaun bank, dengan wujud jurang yang jelas di Filipina di mana 77 peratus penduduk tidak mempunyai akaun bank. Perbankan mudah alih berupaya menjadi agen pemboleh yang mendorong Asean ke arah visi menyebarluaskan literasi kewangan dan pemerkasaan.



Ketiga, pemecahan merupakan rintangan untuk rantau kita ini dan kita patut menyelesaikannya.



Sekiranya kita melangkah keluar daripada pasaran dan meninjau transaksi rentas-sempadan, seperti perihal pengiriman wang dan e-niaga, landskap pembayaran Asean secara amnya agak berpecah.



Grab melancarkan koridor Singapura-Filipina baru-baru ini, dan perkhidmatan ini masih dalam proses meningkatkan pengeluaran kerana menjangkakan peningkatan dalam permintaan.



Penduduk-penduduk Asia-Tenggara hanya dapat meraih manfaat daripada wadah perkongsian data dan kerja yang menimbun pada masa hadapan.



Pengalaman Grab



Kita berada pada satu detik penting yang mana tindakan kita akan menyebabkan kecenderungan ke arah negara tanpa tunai sepenuhnyapada masa yang terdekat. Saya percaya peluang-peluang akan bertitiktolak daripada dua pendekatan.



Pertama, kita percaya bahawa membina satu ekosistem yang betul-betul bersifat terbuka akan memanfaatkan semua orang. Kita perjuangkan peraturan yang mengurangkan rintangan kepada pengguna dan usahawan supaya berurusan tanpa tunai.



Sejak awal lagi, Grab sudah menjadi sebahagian daripada anggota Majlis Pembayaran Penguasa Kewangan Singapura. Kami telah perjuangkan SGQR untuk memudahkan transaksi antara pembeli dan pekedai serta kami sudah melihat permintaan pembayaran tanpa tunai meningkat atas usaha inisiatif pemerintah.



Contohnya, kini, GrabPay merangkumi 25 peratus daripada jumlah transaksi keseluruhan melalui SGQR di pusat makanan, satu jumlah yang meningkat dua kali ganda sepanjang tiga bulan lalu.



Ekosistem terbuka menjangkaui pasaran singular.



Contohnya, sekarang, GrabPay boleh digunakan semasa pembelian dalam talian di Singapura, Malaysia dan Filipina.



Ini bermakna, kami membawa GrabPay menjangkaui aplikasi Grab untuk membolehkan rakan niaga dalam talian dan pekedai untuk memanfaatkan pengguna-pengguna kami di seluruh Asean, dan penerimaan pembayaran dalam talian kami adalah melalui pengaturcaraan antara muka aplikasi terbuka.



Perkongsian kami dengan syarikat seperti UOB untuk menyediakan rebat bagi perbelanjaan merentasi wadah Grab-termasuk pengangkutan, penghantaran makanan dan GrabPay telah terbukti berjaya dalam kalangan mereka yang dilahirkan dalam abad ke-21.



Kedua, kami percaya bahawa penyelesaian berasaskan teknologi akan merevolusikan proses perkhidmatan kewangan.



Contohnya, teknologi generasi akan datang seperti Kelulusan Pinjaman Segera Automatik dan pengaktifan menggunakan suara adalah amat intuitif, dan akan mengurangkan rintangan akses ke sumber kewangan untuk banyak pihak.



Grab telah memberikan pinjaman sebanyak S$100,000 kepada syarikat-syarikat, dan proses peminjaman mengambil masa hanya dua minit, dan boleh dilakukan dalam talian.



Kami juga melabur dalam kecerdasan buatan untuk meningkatkan keupayaan kami, menggunakan data dan butiran lanjut bagi memenuhi kehendak pelanggan kami.



Negara tanpa tunai merupakan satu perjalanan dan kami amat menantikan tahap yang selanjutnya. Kami merupakan dompet mudah alih yang paling popular di Asia-Tenggara, dan kami telah membantu lebih daripada 1.7 juta usahawan-mikro membuka akaun bank pertama mereka melalui Grab, tetapi kami berazam ingin membantu lebih ramai lagi.



Kami mahu penduduk Asia-Tenggara membeli barangan dan perkhidmatan secara dalam dan luar talian, di rumah dan di mana-mana sahaja yang mereka selesa.



Kami mahu mereka mengakses perkhidmatan kewangan tidak kira pekerjaan atau jumlah gaji mereka. Kami mahukan mereka mempunyai satu dompet Asean untuk membayar dan mendapatkan pinjaman wang, mengirim wang dan peroleh insurans dengan mudah.



Inilah matlamat kami yang ringkas. Kami teruja memikirkan masa hadapan di mana negara tanpa tunai dan syarikat teknologi kewangan (fintech) bukan sahaja menjadi suatu yang lumrah tetapi untuk semua.



  • Penulis ialah Pengurus Pengarah GrabPay untuk Malaysia, Singapura dan Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >