Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KENANGANKU 2020 HARAPANKU 2021

Belajar erti kehidupan, erti pengorbanan...

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



KORONAVIRUS, Covid-19 dan pandemik.



Perkataan-perkataan ini menghantui dan menyimpulkan tahun 2020 yang membelenggu setiap wartawan di serata dunia.



Laporan mengenai pandemik koronavirus tidak putus-putus mengisi tajuk berita.



Bahkan, otot-otot di jari-jemari ini seakan sudah automatik menaip perkataan itu ketika menulis laporan.



Naik bosan pun ada!



Tahun 2020 pastinya tahun yang ingin dilupakan ramai.



Tahun di mana rutin seharian dan adat bertahun lama terpaksa mengundurkan diri untuk kelaziman baru.



Natijahnya, 2020 - anda lebih pahit daripada yang manis.



Namun, di sebalik musibah yang melanda seluruh dunia, tersirat hikmahnya.



Sepanjang tahun lalu, saya berpeluang mewawancara pesakit Covid-19 dan mereka yang terjejas teruk oleh pandemik ini, di luar dan di dalam negeri.



Kisah-kisah mereka membuka mata saya mengenal erti kehidupan.



Usahawan Encik Bambang Sugeng Kajairi, yang diuji positif selepas pulang dari United Kingdom untuk satu lawatan perniagaan dan membawa pulang puteranya yang menuntut di negara itu ketika keadaan bertambah teruk pada hujung Mac lalu, merupakan wawancara pertama saya bersama seorang pesakit Covid-19.



Kisah Encik Bambang bertarung nyawa melawan Covid-19 selama 16 hari di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) mengajar saya mengenai betapa berharganya nyawa dan seriusnya penyakit ini, sedang dunia cuba memahami bahaya sebenar Covid-19 pada waktu itu.



Singapura ketika itu juga baru memulakan tempoh pemutus litar, dengan semua orang perlu bekerja dan bersekolah di rumah kecuali petugas penting di barisan depan.



Ini memberikan saya kesedaran bahawa Covid-19 sangat berbahaya sehingga mangsanya harus berdepan maut seorang diri.



Encik Bambang dipisahkan dari keluarga sejurus disahkan positif bagi Covid-19, untuk elak menjangkiti ahli keluarga yang lain, dan tidak dikunjungi sesiapa semasa mendapatkan rawatan di NCID.



Ironi.



Dalam dunia digital kini yang amat terhubung, Covid-19 berjaya mengasingkan kita daripada orang tersayang pada saat-saat memerlukan.



Antara pengalaman lain sepanjang tahun pandemik ini termasuk mewawancara beberapa pekerja migran yang menginap di dormitori dan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di kemudahan kuarantin masyarakat, Singapore Expo, semasa jumlah kes koronavirus di Singapura memuncak pada sekitar April dan Mei.



Individu-individu ini mengajar saya erti pengorbanan - berminggu-minggu terpisah dan berjauhan daripada keluarga dan orang awam - di kala Covid-19 merampas rutin seharian mereka.



Sebagai lulusan Falsafah di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kami sering bertanyakan soalan-soalan yang luas dan kritikal berkaitan dengan hidup di dalam kelas.



Apakah erti kehidupan? Apakah yang menjadi motivasi kita untuk terus hidup?



Jawapan yang dicari ini mungkin tertulis pada halaman-halaman akhbar, yang memaparkan realiti kehidupan kita.



Akhbar-akhbar, saya ibaratkan, sebagai rujukan serta cerminan kehidupan kita.



Tahun 2020 pastinya tidak kurang sibuk dengan pelbagai kejadian yang tidak pernah berlaku dan nilai-nilai yang timbul daripada kejadian ini menjadi pengajaran penting dalam kehidupan kita.



Ini membuat saya menyedari betapa berharganya hidup dan untuk lebih menghargai orang di sekeliling.



Dengan tertutupnya lembaran tahun 2020, harapan saya untuk 2021 adalah tidak lagi menaip perkataan 'Covid-19' dalam artikel-artikel saya.



Gurau sahaja!



Tahun baru ini, saya harapkan kita dapat bergerak pantas menjadi masyarakat yang lebih penyayang dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka, selaras dengan peralihan ke era digitalisasi yang sedang kita alami dan dakapi.



Dan, juga agar apa jua tujuan kita untuk hidup tidak akan pudar walaupun pelbagai badai yang menimpa.



Bak pepatah Inggeris when 'life gives you lemon, make lemonade' yang bermaksud kita perlu menghadapi setiap kesukaran atau musibah dengan sikap yang positif.



Sama juga, apabila dunia 'dikurniakan' vaksin Covid-19, kita haruslah bersikap positif demi kemaslahatan semua.




"Dan, juga agar apa jua tujuan kita untuk hidup tidak akan pudar walaupun pelbagai badai yang menimpa. Bak pepatah Inggeris 'when life gives you lemon, make lemonade' yang bermaksud menghadapi setiap kesukaran atau musibah dengan sikap yang positif. Sama juga, apabila dunia 'dikurniakan' vaksin Covid-19, kita haruslah bersikap positif demi kemaslahatan semua."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >