RENUNG SEJENAK

Belia Melayu perlu kuasai teknologi, ambil bahagian sepenuhnya dalam ekonomi baru

DALAM satu kajian kecil yang dijalankan Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Islam dan Melayu (Rima) mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi belia Melayu/Islam di sini, ramai daripada mereka menyifatkan pekerjaan sebagai satu cabaran genting.

Para belia itu berkongsi bahawa masalahnya terletak pada kesukaran mendapat peluang pekerjaan yang baik atau pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan serta aspirasi mereka.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan