HIKMAH RAMADAN: Akhlak Diutamakan
Belum terlewat untuk 'S.P.I.C.E Up Your Ramadan'
May 30, 2019 | 05:30 AM
ANDAI ini Ramadan terakhir kita, sudahkah kita mengambil sepenuh peluang untuk menjadikannya Ramadan yang sekurang-kurangnya lebih baik dari tahun sebelum ini?
Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Khalid Rafi, telah mengongsi resipi Ramadan - 'S.P.I.C.E Up Your Ramadan' (Perbaiki Ramadan Anda) dalam acara Rahat Ilmu ADIL (AKR) edisi Ramadan anjuran ADIL Muis yang menjalankan program pembelajaran Islam Dewasa baru-baru ini di Pusat Konvensyen Suntec.