Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Bersiap dari sekarang agar lebih cemerlang di Sukan SEA 2015

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

Bersiap dari sekarang agar lebih cemerlang di Sukan SEA 2015

Dec 24, 2013 | 06:00 AM

Sekalung bunga wajar diberikan kepada pasukan Singapura kerana persembahan yang baik di Sukan SEA ke-27 di Myanmar yang baru berakhir. Sebagai negara terkecil dari segi saiz geografi dan antara bilangan penduduk paling sedikit berbanding negara di rantau ini, kejayaan mengaup 108 pingat, dengan 34 daripadanya emas, daripada 25 sukan yang ditandingi boleh disifatkan sebagai membanggakan.

Beberapa pencapaian khusus wajar disebut. Antaranya ialah kejayaan atlit negara meraih emas dalam tujuh sukan yang sudah lama ketandusan pingat seperti sukan mendayung dan memanah. Di samping itu, banyak daripada pingat itu diraih oleh atlit muda yang dijangka bertanding lagi dalam pertandingan di masa depan. Walaupun pingat yang diraih kali ini tidak sehebat dalam Sukan SEA ke-26 di Indonesia (160 pingat termasuk 42 emas), ia dapat difahami. Ini kerana pingat yang dipertandingkan kali ini jauh lebih rendah (1,557 pingat) berbanding 1,807 pingat dua tahun lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3