SAYA teruja dengan pesanan Cikgu Mohd Gani Ahmad (BH, 20 Jan) bahawa pantun ialah pancaran asal jati diri Melayu, dan pilihan kata beralas tetapi mendalam menunjukkan ketinggian susila walaupun dalam apa jua keadaan emosi kita.
Pantun kekal sebagai karya seni yang mempunyai nilainya yang tersendiri, seni pemikiran sederhana tetapi berkesan.