Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bulan puasa masa untuk 'reset' tubuh badan

Dalam sesi Podcast #NoTapis: BERITA HARIAN baru-baru ini, pakar kardiologi, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar yang merupakan Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG) dan Naib Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) yang juga pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Pusat Pakar Pacific Healthcare, Dr Nurhidayati Suphan membincangkan tentang puasa dari segi kesihatan dan sains. Berikut antara inti pati perbincangan dalam sesi yang dihos oleh Penolong Editor BH, Nizam Ismail .
Mar 27, 2023 | 05:30 AM



PUASA SATU AMANAH BADAN



BULAN puasa bukanlah masa untuk makan berlebihan dan inilah masa untuk melakukan 'reset' terhadap tubuh badan.



Malah tubuh badan merupakan satu amanah dari Allah dan setiap umat Islam harus menjaganya dengan baik.



Inilah yang ditekankan oleh Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar dan Dr Nurhidayati Suphan ketika membincangkan tentang puasa dari segi kesihatan dan sains.



"Oleh kerana kita hanya mempunyai satu badan, kita harus menjaganya dengan baik.



"Bulan puasa boleh menjadi waktu yang baik untuk mula mengambil berat terhadap tubuh badan dan memberikan tubuh badan kita kesihatan baru,'' ujar Profesor Madya Dr Abdul Razakjr.



"Saya suka bulan Ramadan dan Alhamdulillah inilah masa untuk menjaga kesihatan kita. Oleh kerana kita takut dengan Tuhan, puasa itu mesti dilakukan.



"Kita akan kurang makan masa kita berpuasa. Tenaga yang disimpan akan diproses dan lemak-lemak juga diproses, dibakar dan berat badan kita akan turun.



"Dulu saya pernah lihat satu kajian yang mengukur protein dipanggil toksik sub-protein dan mendapati ia menurun dalam bulan puasa.



"Disebabkan itu, inflamasi yang terjadi dalam badan kita juga akan berkurangan dan badan kita menjadi lebih sihat," ujar Dr Razakjr.



Menurut Dr Razakjr, terdapat banyak perbezaan yang boleh dilakukan oleh orang yang berpuasa sama seperti puasa 'intermittent fasting' atau puasa berselang seli.



Beliau juga menyebut bahawa apabila seseorang berpuasa, tenaga yang diperlukan oleh badan akan diambil daripada badan itu sendiri. Hal ini menyebabkan berat badan kita turun dan organ-organ lain dalam badan akan berasa lebih baik, ujarnya.



Dari segi jantung, apabila gula dan lemak dalam badan rendah, darah akan lebih lancar mengalir dalam pembuluh darah.



Oleh itu, puasa juga dapat membantu mengurangkan masalah sakit dada pada pesakit yang mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi dalam badan mereka, ujar Dr Razkjr.



Dr Nurhidayati Suphan menyatakan bahawa puasa dapat membantu memperbaharui kesihatan badan.



"Selain memberi perut kita percutian dari bekerja, bahagian-bahagian lain dalam badan juga akan merasa lebih baik.



"Puasa juga boleh memberi kesan positif pada badan kita dengan membolehkan badan beristirahat dan memberikan kesan yang baik pada organ lain dalam badan kita,'' ujar Dr Nurhidayati.



Menurutnya apabila seseorang dapat menjaga kesihatan badan, seseorang akan merasa lebih tenang dan minda akan kurang tertekan.



"Selain itu, penyakit yang kita ada juga mungkin akan berkurangan. Kajian menunjukkan bahawa apabila kita lebih sihat, semuanya akan menjadi lebih baik, sama ada pemikiran, emosi, atau tekanan mental,'' katanya.



MENURUNKAN BERAT BADAN



Puasa juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan dengan membakar lemak dalam badan.



"Kita juga tidak boleh mempunyai pemikiran yang salah seperti berbuka puasa dengan banyak makanan setiap hari.



"Kita perlu mengambil kira jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Setidak-tidaknya, kita perlu mengurangkan 500 kalori setiap hari semasa berpuasa.



"Ini bermakna kita menjaga hidangan makanan. Dengan mengurangkan jumlah kalori yang kita ambil, kita juga dapat menurunkan berat badan kita,'' ujar Dr Razkjr.



Begitu juga waktu sahur, celah Dr Nurhidayati.



Beliau berkata seseorang perlu mengambil kira jumlah makanan yang diambil semasa sahur dalam usaha untuk tidak menambahkan berat badan semasa berpuasa.



Begitu juga melakukan senaman ringan sepanjang Ramadan dapat mengekalkan kesihatan yang baik.



"Bagi sesetengah orang, mereka mungkin tidak suka melakukan senaman pada waktu malam kerana mereka takut akan menjejaskan kesihatan mereka.



"Namun, sebenarnya kita masih boleh melakukan senaman walaupun berpuasa. Kita tidak perlu mengurangkan aktiviti kita hanya kerana kita berpuasa. Kita masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Kita juga boleh melakukan senaman pada waktu malam selepas menunaikan solat tarawih,'' ujar Dr Nurhidayati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >