Cabaran dan harapan Maharaja Jepun
Nov 04, 2019 | 05:30 AM
TOKYO: Maharaja Jepun yang baru Naruhito memulakan pemerintahannya menghadapi tugas mengimbangi kemodenan dengan tradisi beraja tertua di dunia, termasuk melindungi keluarganya daripada aturan istana yang tegar.
Maharaja berusia 59 tahun itu tidak malu mengkritik gaya hidup yang kadang-kadang menyusahkan kerabat diraja, terutama kepayahan yang dihadapi isterinya, Masako, menyesuaikan diri dengan kehidupan istana ketika sebelum menjadi permaisuri.