Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KORONAVIRUS

Cekal pikul tanggungjawab walau diselubungi bimbang

Jun 01, 2020 | 05:30 AM



APABILA diberitahu majikannya bahawa dia akan dikerahkan bertugas di sebuah asrama pekerja asing, Encik Muhammad Farhan Nordin tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya.



Ini terutamanya kerana jangkitan dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di asrama di sini terus mencatatkan sebahagian besar bilangan kes Covid-19 di sini setiap hari.



Di samping itu, dia juga khuatir terbawa jangkitan pulang ke rumah dan menjejas isteri dan anak-anaknya.



Justeru, walaupun berpeluh-peluh dan sukar bernafas kerana perlu menggunakan pelitup muka N95 sepanjang syif tugasnya selama 12 jam, Encik Farhan, 33 tahun, terus bertahan sahaja demi menjaga keselamatan dirinya dan juga orang lain di asrama itu.



"Memang sesak nafas. Itu tak boleh dinafikan. Saya buka pelitup hanya waktu buka puasa apabila saya duduk di dalam bilik berehat.



"Setiap jam pun saya gunakan sanitiser tangan. Tapi ini semua untuk keselamatan kita," kata pegawai keselamatan kanan dengan syarikat Hawkeye Security Solutions itu yang kini dikerah bekerja di sebuah asrama di bahagian barat Singapura.



Encik Farhan berkata dia dan pasukan keselamatan syarikatnya berperanan membantu kumpulan keselamatan in-house dan juga pasukan polis yang berada di asrama itu.



Antara tugas pasukannya adalah memeriksa kenderaan yang memasuki pagar utama asrama, melakukan rondaan, dan memastikan penghuni asrama itu mematuhi peraturan dan langkah jarak selamat.



Misalnya, Encik Farhan berkata mereka perlu mengambil butiran pekerja asing yang memasuki minimart di asrama itu.



Pekerja asing dibenarkan pergi ke minimart di asrama itu secara bergilir-gilir mengikut blok dan jadual yang diberi, dengan hanya lapan pekerja boleh berada di dalam minimart itu pada setiap setengah jam.



Selain itu, mereka perlu mengamalkan jarak selamat satu meter dan menggunakan pelitup muka.



Encik Farhan berkata pada mulanya, ada pekerja yang "cuba nasib" dengan keluar daripada unit mereka meskipun mereka perlu duduk di dalam dan ada pula yang menjerit apabila diberitahu bukan giliran mereka pergi ke minimart.



"Kita akan berikan nasihat kepada mereka dan jelaskan peraturan. Mereka kemudian akan faham. Cuma cabarannya kadangkala ada pekerja daripada tiga atau empat unit keluar sekali jalan, jadi kita jadi macam tape recorder perlu ulang penjelasan kepada mereka.



"Kita tak boleh putus asa. Kini dah satu bulan kita bekerja di sini, mereka dah faham dan ikut peraturan. Kita semua saling menghormati satu sama lain. Alhamdulillah, semuanya okay," katanya.



Malah, apabila tiba giliran bagi sesebuah blok di asrama itu dibenarkan pergi ke minimart, Encik Farhan berkata seorang pekerja akan merancang dan mewakili rakannya yang lain untuk membelikan barang keperluan supaya minimart itu tidak sesak.



Tambahnya, asrama itu melaksanakan protokol keselamatan dan perlindungan yang tinggi, dengan dia perlu melalui 'kabut sanitiser' apabila masuk dan keluar kerja setiap hari bagi menghapuskan bakteria.



Dia dan pasukannya juga disediakan pelitup N95, sarung tangan dan sanitiser tangan.



Apabila pulang ke rumah, Encik Farhan berkata isterinya juga memastikan dia membersihkan diri sepenuhnya sebelum memeluk anak-anaknya.



Tambahnya, isterinya juga meletakkan sanitiser di dalam tandas dan pakaian kotor Encik Farhan dicuci secara berasingan daripada pakaian keluarganya yang lain.



"Mesej saya kepada semua adalah janganlah kita terlepas pandang langkah berjaga-jaga ini, amalkan jarak selamat satu meter dan gunakan sanitiser untuk elak daripada dijangkiti.



"Jika kita semua mainkan peranan, insya-Allah semuanya tenang dan okay," katanya.




"Memang sesak nafas. Itu tak boleh dinafikan. Saya buka pelitup hanya waktu buka puasa apabila saya duduk di dalam bilik berehat. Setiap jam pun saya gunakan sanitiser tangan. Tapi ini semua untuk keselamatan kita."



"Mesej saya kepada semua adalah janganlah kita terlepas pandang langkah berjaga-jaga ini, amalkan jarak selamat satu meter dan gunakan sanitiser untuk elak daripada dijangkiti.



Jika kita semua mainkan peranan, insya-Allah semuanya tenang dan okay."
- Encik Muhammad Farhan Nordin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >