Cemas apabila darah menitis ketika buang air besar..., Berita Wacana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana0

KESIHATAN & PERUBATAN

Cemas apabila darah menitis ketika buang air besar...

Ayah dua anak remaja tidak berlengah terus ke hospital
Jul 19, 2021 | 05:30 AM

PERUBAHAN dalam tabiat membuang air besar termasuk kesukaran membersihkan usus sepenuhnya, jelas memberi petanda masalah kesihatan yang dialami Encik Rizal Saibi, sekitar dua tahun lalu.

Malah ketika itu, beliau yang kini berusia 48 tahun, sering juga berasa kembung perut, meskipun selepas makan ringan, sementara tidur malam pula tidak dapat meredakan rasa penatnya.

Selepas menemui kesan darah pada najisnya pada Mei 2019, Encik Rizal telah mendapatkan rawatan di Hospital Besar Singapura (SGH), di mana beliau dinasihatkan agar menjalani prosedur kolonoskopi.

Prosedur tersebut merupakan pemeriksaan ke atas rektum dan bahagian bawah usus besarnya, bagi mengesan sebarang barah kolorektal.

Menceritakan pengalamannya yang berlaku sekitar dua tahun lalu, bapa dua anak remaja itu berkata beliau tidak berasa sebarang kesakitan apabila masalah tersebut berlaku ke atas dirinya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Cuma rasa kurang selesa saja, apatah lagi selepas melihatkan darah menitis keluar semasa saya buang air besar.

"Pastinya terperanjat dengan apa yang saya lihat.

"Saya tidak membuang masa untuk berjumpa doktor," ujar teknisyen keselamatan itu lagi.

Selepas diperiksa, beliau kemudian dinasihatkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi, namun tiada masalah besar yang ditemui. Beliau kemudian diberikan ubat.

Beliau juga dinasihatkan doktor agar menjaga waktu makan serta diet pemakanan.

Antaranya mengelakkan makanan yang pedas.

"Sebelum ini, memang saya makan tidak menentu. Saya tiada masa tertentu untuk makan pagi, tengah hari atau makan malam sebab alasan kerja.

"Tapi selepas kejadian itu, saya lebih pantang dengan pemakanan selain memastikan jadual yang tetap untuk waktu makan, sehingga hari ini," ujarnya lagi.

SOKONGAN DANA

Bagi mereka yang menjalani prosedur kolonoskopi, kosnya boleh mencecah sehingga $1,000 selepas subsidi pemerintah.

Memandangkan Encik Rizal mempunyai dua anak yang masih menuntut di institusi peringkat tinggi, selain menjaga ibu mentuanya yang turut memerlukan jagaan kesihatan, maka kos tersebut tetap terlalu tinggi buatnya.

Mujur baginya terdapat bantuan Dana Pencegahan Barah Rektal dan Kolon menerusi Endoskopi SGH atau SPRUCE.

Dana SPRUCE mendapat sokongan para rakan dan penderma yang baik hati, kata Ketua dan Konsultan Jabatan Pembedahan Kolorektal, Profesor Madya Emile Tan.

Memetik majalah Singapore Health, Profesor Madya Tan berkata:

"Dana SPRUCE merupakan satu cara jabatan kami menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Dengan sokongan rakan serta penderma yang baik hati, kami akan dapat membantu pesakit yang memerlukan.

"Kami harap lebih ramai individu dan syarikat akan dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini dengan menyumbang,'' kata beliau.

Menurut majalah itu lagi, jabatan tersebut menyasarkan untuk mengumpul sehingga $300,000 menerusi dana tersebut yang dijangka dapat membantu sehingga 300 pesakit sepanjang tiga tahun mendatang.

Yang terkini, hampir 50 pesakit memerlukan telah disokong menerusi dana tersebut.

Mereka telah menjalani ujian kemampuan (means testing) nasional berdasarkan pendapatan isi rumah dan tiada bantuan kewangan lain yang diperolehi mereka.

Yang pasti ini akan dapat meningkatkan kesedaran ramai mengenai prosedur kolonoskopi sebagai pemeriksaan penting, terutamanya bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

"Kempen ini masih berjalan, bagi membantu pesakit memerlukan yang mempunyai simptom barah kolorektal atau Ujian Imunokimia Najis (FIT) tapi tidak mampu membiayai bayaran kolonoskopi.

"Kolonoskopi menyelamatkan nyawa dan setiap tahun sebahagian pesakit kami tidak mampu membiayai kosnya.

"Ini terutama sekali pesakit dengan pendapatan rendah hingga pertengahan serta pesakit lanjut usia, meskipun terdapat masalah seperti pendarahan rektal dan FIT positif," kata seorang jurucakap SGH.

Antara 2011 dengan 2015, sebanyak 9,807 kes baru barah kolorektal yang dikesan, menjadikannya barah paling biasa terdapat di sini.

Setiap tahun, jabatan itu melakukan sekitar 10,000 sehingga 12,000 prosedur kolonoskopi dan merawat ratusan pesakit barah kolorektal.


"Cuma rasa kurang selesa saja, apatah lagi selepas melihatkan darah menitis keluar semasa saya buang air besar. Pastinya saya terperanjat dengan apa yang saya lihat. Saya tidak membuang masa untuk berjumpa doktor... Sebelum ini, memang saya makan tidak menentu. Saya tiada masa tertentu untuk makan pagi, tengah hari atau makan malam sebab alasan kerja. Tapi selepas kejadian itu, saya lebih pantang dengan pemakanan selain memastikan jadual yang tetap untuk waktu makan, sehingga hari ini.''
- Encik Rizal Saibi.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map