Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Gangguan MENTAL

Contoh artis K-pop akhiri hidup

Nov 04, 2019 | 05:30 AM



PARK YONG HA (1977-2010) - 33 tahun



Aktor ini memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 1994 dan popular ketika membintangi drama berjudul Winter Sonata pada 2000.



Yong Ha ditemui mati oleh ibunya pada 30 Jun 2010 di rumahnya di kawasan Nonhyeon-dong, Seoul dengan menggantung diri menggunakan wayar pengecas handycam.



Ada yang berpendapat, Yong Ha membunuh diri kerana kemurungan dan tekanan daripada masalah perniagaan selain kerana penyakit barah yang dihidapi ayahnya.




LEE EUN JOO (1980-2005) - 24 tahun



Pelakon dan penyanyi, Lee Eun Joo ditemui bunuh diri di apartmennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005.



Artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun itu membunuh diri setelah beberapa hari menamatkan pengajian di Universiti Dankook.



Lee maut selepas mengerat urat di tangannya dan menggantung diri.



Keluarganya berkata Lee mengalami kemurungan hingga mentalnya terganggu.



Sebelumnya, Lee mengalami imsomnia gara-gara tertekan selepas melakukan adegan bogel dalam filem, The Scarlet Letter.




AHN JAE HWAN (1972-2008) - 36 tahun



Masalah kewangan dikatakan menjadi punca kematian Ahn Jae Hwan.



Bintang yang sedang meningkat naik ketika itu membunuh diri dengan berkurung di dalam kereta yang mengandungi gas karbon monoksida.



Sebelum membunuh diri, beliau sempat meninggalkan nota meminta maaf kepada isteri yang baru dikahwininya.




JEONG DA BIN (1980-2007) - 27 tahun



Jung Da Bin bukan hanya popular di Korea malah di Taiwan.



Bintang jelita ini membunuh diri di apartmen kekasihnya dengan menggantung diri di dalam bilik mandi.



Beliau meninggal dunia hanya beberapa minggu sebelum ulang tahunnya yang ke-27.




KIM SEOK HYUN (1979-2009) - 30 tahun



Kim Seok Hyun memulakan kerjaya dalam dunia glamor dengan memainkan peranan kecil dalam beberapa penerbitan di televisyen.



Anda mungkin mengenali wajahnya tanpa dapat mengingat dengan tepat di mana anda pernah melihatnya.



Pada usia 30 tahun, beliau membunuh diri di rumahnya sendiri dan ramai berkata ia ekoran kemurungan kerana kekurangan tawaran.




JANG JA YEON (1982-2009) - 27 tahun



Sebelum membunuh diri, nama Ja Yeon sedang meningkat naik.



Ja Yeon ditemui mati menggantung diri kerana kemurungan berpanjangan.



Kemurungan itu dikatakan berlaku kerana beliau sering kali gagal dalam uji bakat drama.



Namun apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kemurungan itu dikatakan berpunca daripada gangguan seksual yang diterima.



Ja Yeon dikatakan terpaksa melayan lebih daripada 20 nama besar dalam industri Hallyu yang menjanjikan pekerjaan dan populariti baginya.




WOO SEUNG YEON (1983-2009) - 26 tahun



Woo Seung Yeon adalah pelakon yang memulakan kerjaya selaku model majalah dan iklan.



Seung Yeon mengalami kemurungan selepas gagal dalam uji bakat.



Mayatnya ditemui tergantung di rumahnya di Jamsil pada 28 April 2009.



Sebelum meninggal, Seung Yeon menulis di dalam diari dan meminta maaf kepada anggota keluarganya.




CHOI JIN SHIL (1968-2008) - 40 tahun



Sebagai idola, Choi Jin-sil sempat mendapat julukan artis terbaik Korea.



Sepanjang kerjayanya, beliau sudah membintangi 18 filem, 20 drama dalam watak utama selain terlibat dalam 140 iklan.



Masa lalu Jin-sil tidaklah indah.



Ayah dan ibunya tidak tinggal bersama sejak 1985 dan bercerai pada 1998.



Wanita yang selalu tampil dengan senyuman istimewa ini, ketika berkahwin menjadi mangsa kekerasan rumah tangga.



Beliau akhirnya menceritakan keadaan sebenar kepada umum. Namun, pendedahannya itu mendapat kecaman.



Akhirnya beliau ditemui mati tergantung di rumahnya di Seoul pada 2 Oktober 2008.



Mayatnya ditemui oleh dua anaknya, ibu serta adik lelakinya, Choi Jin-young.




CHOI JIN YOUNG (1970-2010) - 40 tahun



Bintang yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi ini ini ditemui mati bunuh diri pada 29 Mac 2010 oleh ibunya pada usia 40 tahun. Walaupun tidak meninggalkan surat atau pesanan kenapa dia bunuh diri, banyak yang mengesyaki dia mengalami kemurungan.



Malah, satu setengah tahun sebelum Jin-young bunuh diri, kakak perempuannya yang juga seorang aktres, Choi Jin-shil membunuh diri akibat dikecam netizen di internet. Sejak kejadian itu, Jin-young memang nampak sangat terkesan dan sedih.




KIM JONG-HYUN (1990-2017) - 27 tahun



Penyanyi utama kumpulan SHINee iaitu Jong-Hyun ini ditemui mati dipercayai kerana membunuh diri dengan menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya pada 18 Disember 2017.



Jong-Hyun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat lemas dalam kepulan asap namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.



Sebelum membunuh diri, penyanyi itu sempat meninggalkan nota untuk keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >