SEMINAR MENGENAI PENGARUH KE ATAS PELAJAR INDONESIA DI MESIR DAN TURKEY
Dapatan: Ideologi radikal ISIS ditolak, dikutuk
PELAJAR Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar di Kahirah, Mesir, rata-ratanya menolak ideologi radikal kumpulan militan ISIS antara lain disebabkan mesej konsisten tentang fahaman pelampau yang mereka perolehi menerusi pengajian mereka di sana.
Demikian menurut penganalisis pengganasan, Cik Sidney Jones, yang juga Pengarah Institut Analisis Dasar mengenai Konflik (Ipac) di Indonesia, dalam satu seminar di Iseas-Institut Yusof Ishak, kelmarin.