Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Di sebalik kebimbangan mengenai Huawei...

Jun 11, 2019 | 05:30 AM



KEMELUT yang melanda syarikat teknologi Huawei secara langsung memberi tamparan hebat buat penggunanya di serata dunia.



Ia susulan langkah Amerika Syarikat yang menetapkan syarikat-syarikat di negaranya menghentikan talian perniagaan dengan syarikat dari China itu.



Malah, tindakan Google yang menarik lesen Android yang dimiliki Huawei menyebabkan syarikat itu terpaksa menggunakan Android Open Source Project (AOSP) termasuk aplikasi seperti Maps dan Gmail



Begitu juga pengguna Huawei selepas ini mungkin tidak mempunyai akses terhadap perkhidmatan Google seperti Play Store, Gmail dan Youtube.



Segalanya bermula apabila presiden Amerika, Encik Donald Trump, mendakwa peranti keluaran Huawei berkemungkinan digunakan oleh China untuk tujuan risikan.



APA AKAN JADI SEKIRANYA ANDA MERUPAKAN PENGGUNA HUAWEI?



Sekiranya anda memiliki peranti Huawei, anda sebenarnya tidak perlu risau kerana masih lagi boleh menggunakan Play Store, Gmail dan Youtube seperti biasa.



Namun, ia dijangka memberi masalah kepada peranti Huawei yang akan datang sahaja.



Kesan penarikan itu memberi kesan di peringkat global namun ia bukanlah masalah besar di China.



Ini kerana mereka menggunakan enjin carian Baidu, yang lebih kurang sama dengan Google.



Malah, Huawei juga dikatakan sedang membangunkan sistem operasi sendiri sejak tujuh tahun lalu dan ia dikenali sebagai 'Plan B'.



Menerusi kenyataan terbaru kepada TechRadar, Huawei berkata mereka akan berterusan membina ekosistem perisian yang selamat untuk pengguna mereka.



Malah, jika sekatan Google ke atas Huawei berterusan, Huawei juga perlu meyakinkan pembangun teknologi untuk mencipta aplikasi yang menyokong sistem operasi baharu mereka.



Setakat ini, pelan untuk melancarkan model 'Honor 20' juga dijangka berjalan seperti dirancang dan dikatakan masih disokong oleh ekosistem Android.



DAPAT TUMPUAN DUNIA



Huawei kini berada dalam pemerhatian pelbagai negara dari seluruh pelusuk dunia kerana kebimbangan terhadap hubungan rapat syarikat tersebut dengan pemerintahan China.



Syarikat tersebut kini berhadapan dengan risiko pengharaman jaringan 5G serta disiasat atas faktor keselamatan.



Banyak negara sebenarnya yang sudah mula mengharamkan peralatan dan teknologi Huawei seperti Amerika yang telah mengambil langkah mengharamkan penggunaan Huawei dalam pemerintah serta kontraktor pemerintah.



Australia dan New Zealand juga tidak membenarkan Huawei membekalkan infrastruktur bagi jaringan 5G di negara mereka.



Beberapa negara lain yang masih dalam pertimbangan untuk mengharamkan Huawei pula ialah seperti Canada dan Jerman.



Melalui kenyataan wakil kerajaan, Jerman menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan negara sekiranya membenarkan Huawei memasang jaringan 5G di negara tersebut.



Sementara itu, di United Kingdom (UK), menteri pertahanannya menyatakan bahawa pengharaman teknologi 5G Huawei perlu atas alasan keselamatan.



Pengasas bagi syarikat Huawei Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation's Army (PLA).



PLA merupakan pasukan tentera bagi Republik China dan ini telah menimbulkan kebimbangan adakah tekonologi Huawei digunakan untuk mengintip syarikat dan kerajaan di seluruh dunia.



Sebagai rekod, Huawei juga pernah disaman pada 2003 oleh Cisco - syarikat pembuat hardware dari Amerika - kerana dikatakan mencuri harta intelektual.



Namun saman tersebut kemudian digugurkan selepas Huawei mengubahsuai dan menghentikan pengeluaran beberapa produk.



WAS-WAS DI KALANGAN SYARIKAT SWASTA TELEKOMUNIKASI



Huawei bukan sahaja mendapat tentangan daripada pemerintah tetapi juga daripada syarikat swasta telekomunikasi.



Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi UK, BT Group, telah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan peralatan Huawei daripada jaringan telekomunikasi mereka serta tidak akan menggunakan teknologi Huawei selepas ini.



Syarikat telekomunikasi Perancis, Orange, pula mengumumkan tidak akan menggunakan peralatan Huawei dalam teknologi jaringan 5G. Syarikat dari Jerman, Deutsche Telekom, juga kini sedang mempertimbangkan isu keselamatan dalam penggunaan peralatan Huawei.



Apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih tegang ialah ketua pegawai kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou, yang juga merupakan anak kepada pengasas Huawei telah ditahan pada Disember lepas atas tuduhan melanggar sekatan antarabangsa terhadap Iran.



Adakah ini semua dilaksanakan kerana Huawei benar-benar mengancam keselamatan negara lain atau hanyalah sebagai propaganda untuk menyekat kuasa ekonomi China? - Agensi berita.




"Kesan penarikan itu memberi kesan di peringkat global namun ia bukanlah masalah besar di China.



Ini kerana mereka menggunakan enjin carian Baidu, yang lebih kurang sama dengan Google.



Malah, Huawei juga dikatakan sedang membangunkan sistem operasi sendiri sejak tujuh tahun lalu dan ia dikenali sebagai 'Plan B'. Menerusi kenyataan terbaru kepada TechRadar, Huawei berkata mereka akan berterusan membina ekosistem perisian yang selamat untuk pengguna mereka. Malah, jika sekatan Google ke atas Huawei berterusan, Huawei juga perlu meyakinkan pembangun teknologi untuk mencipta aplikasi yang menyokong sistem operasi baharu mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >