Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Dibuat di Italy, dipasarkan di AS, kasut anak Melayu SG teroka dunia

Jenama Veragano kini dipasarkan setanding dengan kasut berjenama Chanel, Valentino, Dior
Sep 09, 2020 | 05:30 AM



SEPATU dan wanita, tidak boleh dipisahkan!



Begitulah pandangan peribadi Cik Rima Harris McDonald usahawan kasut jenama sendiri, berasal dari Singapura namun kini telah menetap di Amerika Syarikat.



Beliau berkata dirinya pernah mengalami sakit saraf skiatika atau sciatica yang teruk. Secara klinikal, penyakit ini boleh menyebabkan kesakitan di bahagian otot punggung, paha, betis, lutut serta membataskan pergerakan seseorang dan tidak digalakkan untuk memakai kasut bertumit tinggi.



Memahami ramai kaum Hawa mengalami masalah yang serupa tetapi masih ingin bergaya, beliau terdorong mencipta kasut wanita jenama sendiri, Veragano, sejak akhir tahun lalu.



Menurut beliau, kasut yang dicipta bukan hanya memiliki seni artistik yang tinggi, malah memenuhi ciri-ciri keselesaan dan mengutamakan kesejahteraan untuk penggunanya.



Kasut-kasut itu direka di Italy dan dihasilkan di tempat membuat kasut yang turut menghasilkan kasut berjenama antarabangsa lain seperti Chanel, Valentino, Dior dan banyak lagi.



Cik Rima 45 tahun, berkata kasut ciptaannya juga setanding kasut jenama lain dan menggunakan kulit asli yang bermutu dan eksklusif serta dihasilkan dengan kerja tangan yang halus lagi teliti.



Setiap pasang kasut berharga bermula dari $475 hingga $675.



"Saya yakin kaum wanita tidak perlu mengorbankan gaya yang mereka mahukan, tetapi perlu mengharungi pelbagai keperitan dan menangung kesakitan pada akhirnya.



"Berfesyen dan untuk kelihatan cantik, anggun dan kemas tidak perlu menyakitkan kita.



"Saya mencipta kasut Veragano ini kerana ia bersesuaian dengan kehendak wanita dan tuntutan pekerjaan mereka dan tidak memudaratkan selain mereka mampu kekal bergaya ketika di pejabat atau bersantai," jelas Cik Rima, ibu dua yang peramah.



Beliau menekankan bahawa jenama kasut ciptaannya direka dengan menekankan ciri-ciri kesempurnaan, desain yang unik, mengikut lengkungan kaki yang betul, mengutamakan keselesaan pemakai selain menitikberatkan soal pertukangan dan hasil kerja tangan yang bermutu.



"Kami faham pembeli pada alaf ini juga bijak memilih dan mengutamakan barangan atau produk yang bermutu dan akan membeli apa yang mereka yakini," tambah Cik Rima.



Cabaran mula perniagaan di rantauan dalam tempoh pandemik



Beliau juga mengakui bahawa banyak cabaran yang harus ditangani untuk memulakan perniagaan di waktu pandemik ini.



Namun ia tidak pernah melemahkan semangat dan impiannya terus maju dan mengharungi segalanya dengan yakin dan berani.



Dalam menjalankan pernigaannya, Cik Rima turut bertanggungjawab dalam soal pengurusan, walaupun kasutnya dijual secara dalam talian dan tidak mempunyai kedai fizikal buat masa ini.



Beliau menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat perhubungan awam berpangkalan di Los Angeles yang memaparkan barangannya di majalah fesyen terkemuka dan menggunakan selebriti Hollywood seperti Jane Fonda dan Megan Pormer untuk menggayakan rekaan kasutnya.



"Memang agak mencabar melakukan perniagaan di waktu pandemik ini. Ramai peniaga lain juga turut terkesima dan terjejas dengan Covid-19 ini, namun saya harus tabah dan perlu kekal positif untuk terus memajukan perniagaan ini.



"Saya juga berpendapat bahawa sebagai peniaga wanita berketurunan Melayu/Asia dan berniaga di Amerika memang mempunyai cabaran yang tersendiri.



"Tetapi saya tidak pernah berasa terpinggir atau dilayan dengan cara yang berlainan.



"Malahan, saya melihat banyak peluang perniagaan yang tersedia untuk peniaga Asia terokai.



"Peluang memasarkan barangan peniaga secara global juga tersedia luas di sini," ujar Cik Rima, yang sudah bermastautin di Amerika sejak 2005 lagi.



Memandang ke hadapan, Cik Rima kini mempunyai pusat pengedaran di Singapura dan kasut-kasutnya pula boleh dihantar ke seluruh dunia.



Beliau juga kini dalam perancangan bersama pembekal dari Eropah dan Amerika dalam membekalkan dan menyediakan kasut untuk pramugari dan juruterbang di waktu terdekat nanti.




TAK PERNAH RASA TERPINGGIR WALAU BERNIAGA DI AMERIKA



Saya juga berpendapat bahawa sebagai peniaga wanita berketurunan Melayu/Asia dan berniaga di Amerika memang mempunyai cabaran yang tersendiri. Tetapi saya tidak pernah berasa terpinggir atau dilayan dengan cara yang berlainan.

Malahan, saya melihat banyak peluang perniagaan yang tersedia untuk peniaga Asia terokai. Peluang memasarkan barangan peniaga secara global juga tersedia luas di sini."

- Cik Rima Harris McDonald usahawan kasut jenama sendiri, Veragano, yang berasal dari Singapura namun kini telah menetap di Amerika Syarikat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >