BEBERAPA kedai emas di Singapura melihat permintaan emas yang tinggi dalam kalangan pelanggan mereka sejak dibuka bagi Fasa Kedua.
Mereka menyatakan permintaan tertunggak kerana tidak boleh membeli sebelum Hari Raya di samping menganggap emas sebagai komoditi yang selamat dalam suasana ekonomi lemah mendorong pembelian dalam kalangan pembeli Melayu/Islam.