PANDANGAN: KEMELUT KERTAS PANAMA
Erti skandal Kertas Panama
May 23, 2016 | 05:30 AM
SKANDAL 'Kertas Panama' (Panama Papers) telah disifatkan oleh media massa antarabangsa termasuk BBC sebagai 'cerita sejagat' yang menjejas banyak negara, termasuk Singapura.
Meskipun disifatkan antara belasan negara yang rendah cukai (tax havens), pemerintah Singapura amat serius terhadap olahan wang terlarang (money laundering) dan telah mengadakan siasatan.