Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Fasa ke-2: Lembaran baru lebih selamat buat S'pura

Jun 18, 2020 | 01:30 PM



HARI ini adalah hari terakhir setelah 73 hari penduduk negara ini menjalani tempoh pemutus rantaian jangkitan yang dikuatkuasakan Pemerintah sejak 7 April lalu.


Hari ini juga adalah hari ke-139 sejak Singapura mengadakan sesi pengagihan pelitup secara besar-besaran kepada seluruh rakyatnya bagi mencegah penularan koronavirus pada 1 Februari lalu.


Esok, Singapura akan membuka lembaran kehidupan serba baharu yang selamat walau berdepan ancaman Covid-19.


Ini setelah rakyat tabah mengharungi fasa pertama sejak 2 Jun lalu, yang antara lain menyaksikan anak-anak mula kembali ke sekolah, serta pembukaan semula kedai atau perkhidmatan  yang dianggap punya kadar jangkitan yang rendah.



Penjagaan Kesihatan


Keputusan fasa ke-2 ini ini dicapai setelah republik ini menyaksikan penurunan purata harian bagi kes jangkitan Covid-19 - dari lebih 400 kepada sekitar 200 kes kebelakangan ini.


Dari setinggi 407 kes pada Ahad lalu, merosot kepada 214 keesokannya, 151 (Selasa) dan 247 kes semalam.


Secara keseluruhannya, negara ini menghadapi lebih 41,200 kes jangkitan dan Covid-19 telah meragut 26 nyawa, sementara 10 yang lain walaupun diuji positif tetapi meninggal dunia atas sebab-sebab lain.


Tindakan Pemerintah menguatkuasakan secara tuntas perintah kawalan pergerakan menyaksikan negara ini berjaya membendung penularan koronavirus dari merebak di kalangan warga tempatan.


Meskipun Singapura berdepan dengan jumlah kes jangkitan yang tinggi, sejumlah besar membabitkan pekerja asing yang menginap di asrama pekerja.


Dari 41,216 kes yang direkodkan seawal 19 Feb lalu, jumlah kes jangkitan di kalangan masyarakat - warga tempatan dan penduduk tetap - hanyalah 753 kes atau 1.83 peratus dari jumlah keseluruhan.


Jika diteliti perangkaan angka korban dan kes jangkitan koronavirus ini, tidak boleh dinafikan dari segi penjagaan keselamatan kesihatan penduduk, strategi pemerintah adalah ampuh.


Naib Dekan Penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura, Profesor Madya Alex Cook, berkata, "jika Singapura tidak melaksanakan langkah kawalan ketat, jumlah kematian di sini mungkin mencapai 3,000 hingga 4,000 orang dan bukan 26 orang seperti yang berlaku sekarang".


Beliau ditukil The Straits Times hari ini, menarik perhatian tentang keadaan yang berlaku di Britain, di mana pandemik Covid-19 tidak dipandang serius pada awalnya hingga mengakibatkan negara itu kini menghadapi hampir 300,000 kes dan 42,000 kematian.

Kesan Ekonomi


Namun, langkah pelaksanaan pemutus rantaian jangkitan menyaksikan penduduk negara ini menanggung biaya peluang atau 'opportunity cost' yang sangat besar; pemotongan gaji, penggantungan kerja, pembuangan pekerjaan; serta penghentian urus niaga.


Ramai tersepit dan terhimpit.


Malah, jumlah orang yang mempunyai pekerjaan di Singapura menguncup sebanyak 25,600 pada suku pertama tahun ini, kemerosotan dalam satu suku paling besar dalam sejarah.


Menyedari kesan dan risiko besar yang ditanggung rakyat, pemerintah telah memperuntuk hampir $100 bilion, atau hampir 20 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), bagi langkah sokongan semasa Covid-19 menerusi pembentangan empat Belanjawan: Perpaduan, Daya Tahan, Kesepakatan dan Kecekalan.


Sejumlah $33 bilion daripadanya merupakan tambahan dari rizab negara, bertujuan membantu pekerja dan perniagaan untuk mengatasi krisis Covid-19 dan prospek ekonomi yang suram pada masa depan.


Pelbagai inisiatif diperkenalkan, termasuk  Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) di mana pemerintah membiayai bersama gaji pekerja untuk membantu syarikat selama 10 bulan.


Ini selain Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited untuk mewujudkan hampir 100,000 peluang dalam tiga aspek – 40,000 pekerjaan, 25,000 tempat bagi program pelatih dan 30,000 tempat bagi latihan kemahiran.


Bagi membantu peniaga kecil dan sederhana (SME) pula, salah satu usaha dilakukan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang akan menubuhkan dua dana: 'Dana Rising in Support of Enterprises (RISE)' bernilai $2.5 juta dengan kerjasama Enterprise Singapore (ESG), dan 'Dana Compassion' yang diterajui oleh industri bernilai $2 juta dengan bekerjasama Yayasan SBF.


Kedua-dua daya usaha ini bertujuan membantu perniagaan terutama syarikat kecil dan sederhana (SME) mengatasi cabaran dalam tiga bidang: pembiayaan perniagaan; pertumbuhan perniagaan; dan, peningkatan keupayaan; dana meningkatkan daya tahan tenaga kerja dengan memberikan bantuan kewangan kepada pekerja memerlukan.


Masyarakat Muslim


Seperti masyarakat lainnya, masyarakat Melayu/Islam di sini juga terjejas teruk, bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga kerohanian apabila rumah-rumah ibadat termasuk masjid terpaksa ditutup.


Penundaan program ibadah umrah dan haji dek langkah pencegahan yang dilaksanakan pemerintah Singapura dan Arab Saudi, di samping larangan pelaksanaan sembahyang waktu dan tarawih di masjid-masjid dan di kawasan terbuka selain halangan kunjung mengunjung sempena Syawal serta pembatalan pelaksanaan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha menjadikan warna suasana lebih sendu.


Kesejahteraan Masyarakat


Mulai esok, tempat tumpuan awam seperti kedai kopi, restoran, pusat tuisyen, taman, pantai, stadium dan kolam renang akan dibuka sejajar dengan pembukaan fasa kedua - namun dengan langkah keselamatan tambahan, termasuk mematuhi jarak selamat.


Di bawah fasa ini pusat makan dibenarkan beroperasi tetapi tidak lebih lima orang dibenarkan duduk semeja.


Lain-lain kemudahan seperti perpustakaan awam, termasuk pusat khidmat pemerintah dan kawasan awam seperti taman permainan dan sudut kecergasan akan dibuka secara bertahap-tahap.


Bagi pelajar pula, lebih banyak kegiatan luar darjah akan dibenarkan untuk bermula semula secara bertahap mulai 29 Jun ini.


Rumusan


Sedang rakyat ghairah menantikan kehidupan kembali seperti biasa, apa yang diinginkan adalah untuk setiap orang memainkan peranan dalam mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, mematuhi pemakaian pelitup dan kekal melakukan jarak selamat.


Jaya atau gagalnya kita mengharungi cabaran fasa kedua ini, bergantung kepada sikap dan kesedaran kita sendiri.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >