Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Flat sewa tempat berteduh sementara - bukan kekal - bagi golongan memerlukan

Tidak jamin tempat tinggal jangka panjang, tidak boleh dimanfaat sebagai aset untuk persaraan
Dec 09, 2020 | 05:30 AM



LAPAN daripada setiap 10 penduduk Singapura kini tinggal di flat HDB, dan 90 peratus daripada memiliki flat mereka.



Bagi mereka yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pilihan perumahan lain, HDB membantu mereka menerusi Skim Flat Sewa Awam.



Anda mungkin mempunyai kenalan yang tinggal di flat sewa, atau anda sendiri pernah menjadi penduduk flat sewa pada suatu ketika, seperti saya.



Dahulu, kehidupan di flat sewa adalah satu perkara biasa, terutama bagi generasi lebih mapan.



Zaman beralih, musim bertukar. Kini, memiliki flat sendiri bukan sahaja sesuatu yang lazim, malah menjadi tunggak penting dalam membina institusi keluarga berdaya tahan.



Memiliki rumah lebih mewujudkan kehidupan kekeluargaan stabil, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.



Meskipun Skim Flat Sewa Awam memberikan tempat berteduh selamat kepada yang memerlukannya, kita harus prihatin bahawa jaring keselamatan ini hanyalah bantuan sementara.



Flat sewa tidak menjamin tempat tinggal jangka panjang, dan tidak dapat dimanfaatkan sebagai aset.



Minggu lalu, saya bentangkan beberapa cara pemilik flat HDB boleh mengukuhkan penampungan persaraan mereka. Wadah-wadah tersebut tidak akan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terus menyewa rumah.



Saya faham bahawa penduduk flat sewa mungkin menghadapi kesukaran memiliki rumah mereka sendiri. Ada yang mempunyai azam kuat tetapi tidak tahu langkah-langkah yang harus diambil.



Yang lain pula mungkin berasa sukar menyediakan simpanan yang cukup untuk bayaran pendahuluan, lebih-lebih lagi jika Covid-19 telah menjejas mata pencarian mereka.



Setiap keluarga berbeza, dan akan memerlukan pelan tindakan yang disesuaikan dengan situasi mereka yang tersendiri.



Jika dibiarkan sahaja, kebuntuan itu boleh mematahkan semangat mereka.



Oleh itu, HDB telah membentuk Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah untuk membantu penduduk flat sewa mengemudi pelayaran perumahan mereka.



Pegawai HDB daripada pasukan ini akan memberikan nasihat secara peribadi dari segi perancangan kewangan, permohonan dan pemilihan flat sesuai, dan lain-lain lagi, sehinggalah flat yang dibeli itu siap untuk didiami.



Mereka juga akan dibantu agar memahami skim-skim perumahan yang boleh dimanfaatkan, seperti Skim Keutamaan Penyewa Flat, yang memperbaiki peluang undi mereka ketika memohon flat dua atau tiga bilik baru daripada HDB.



Pembeli kali pertama juga boleh menerima Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sebanyak $80,000 apabila mereka membeli flat baru daripada HDB.



Meskipun penduduk flat sewa yang pernah memiliki rumah bersubsidi, atau 'second-timers', tidak dapat memanfaatkan geran sama, mereka boleh memanfaatkan geran perumahan di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru ($35,000, jika mereka mempunyai seorang anak berumur 18 tahun ke bawah), atau Geran Perumahan 'Step-Up' CPF ($15,000).



Kedua-dua skim ini telah dipertingkat tahun lalu.



Geran-geran ini dapat membantu mencukupkan bayaran pendahuluan bagi pembelian flat mereka, dan mempercepat proses menjadi pemilik rumah.



Setiap tahun, semakin ramai penduduk flat sewa HDB berpindah ke rumah mereka sendiri, iaitu daripada 500 penghuni rumah pada tahun 2013 kepada 950 tahun lalu.



Saya mengalu-alukan penduduk flat sewa terus mengorak langkah untuk memiliki rumah. Kami akan terus menyokong anda dalam perjalanan ini.



Saya juga ingin menasihati anak-anak muda yang tinggal di flat sewa supaya teruslah gigih bekerja, sambil melatih diri untuk mengurus kewangan dengan baik, agar anda lebih yakin dan bersedia menjadi pemilik rumah apabila anda membina keluarga anda sendiri nanti.



  • Penulis Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).


"Saya mengalu-alukan penduduk flat sewa terus mengorak langkah untuk memiliki rumah. Kami akan terus menyokong anda dalam perjalanan ini. Saya juga ingin menasihati anak-anak muda yang tinggal di flat sewa supaya teruslah gigih bekerja, sambil melatih diri untuk mengurus kewangan dengan baik, agar anda lebih yakin dan bersedia menjadi pemilik rumah apabila anda membina keluarga anda sendiri nanti."
- Penulis.




Rencana pelbagai topik perumahan MND dengan kerjasama BH



WACANA ini sebahagian daripada siri rencana hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Berita Harian yang membincangkan pelbagai topik berkenaan perumahan dan dasar lain di bawah naungan MND.



Siri rencana ini, yang memaparkan artikel tulisan Menteri Negara (Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, mengupas pelbagai topik, daripada pemilikan rumah dan perumahan sewa kepada usaha menghijau Singapura.



Rencana ini akan disiarkan setiap Rabu, dan berlangsung sepanjang lima minggu.Rencana ketiga ini menyentuh tentang sokongan bagi penduduk flat sewa awam untuk membeli rumah mereka sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >