Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Gara-gara Covid-19, perang Ukraine: Anak tak jadi belajar di Eropah...

May 22, 2022 | 09:36 AM



KETIDAKTENTUAN perang di Ukraine dan pandemik Covid-19 mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi beberapa keputusan penduduk setempat untuk ke Eropah.



Bagi keluarga saya, hal ini bukan keputusan untuk melancong.



Sebaliknya, keputusan anak melanjutkan pengajian di sana.



Tidak seperti melancong, tempoh yang dihabiskan para pelajar yang menuntut di benua Eropah biasanya lebih lama sehingga bertahun lamanya serta menelan belanja yang besar.



Baru-baru ini, banyak majlis tamat pengajian institusi pengajian tinggi yang berlangsung.



Seperti para pelajar lain, anak saya juga sudah lama memendam hasrat menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi selepas peringkat diplomanya.



Sekian lama beliau berhasrat menimba ilmu dan pengetahuan di Eropah dan telah membincangkannya bersama saya dan isteri.



Sepanjang tiga tahun pengajiannya di salah sebuah politeknik di sini, anak tunggal saya itu telah membuat persiapan termasuk mendapatkan maklumat tentang kursus dan universiti pilihannya, tempat tinggal, dan lokasinya serta hal-hal lain berkaitan keperluan seorang pelajar asing semasa di sana.



Atas keazamannya, salah satu permohonannya telah diterima salah sebuah universiti di Britain, meskipun keputusan belum dibuatnya.



Tup tup.



Sepanjang dua tahun lalu timbul pula hal kesihatan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda teruk negara-negara di benua Eropah.



Masalah tersebut masih berleluasa dengan lebih 213,000,000 dicatitkan di Eropah sehingga 12 Mei lalu.



Di Britain sahaja, terdapat sekitar 22,000,000 kes Covid-19 dilaporkan sehingga 8 Mei lalu.



Awal tahun ini timbul pula pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Tidak secara langsung banyak negara barat yang "terlibat sama" dalam perang mulut dengan Russia - mengutuk keras pencerobohan itu.



Banyak sekatan juga telah dikenakan ke atas Russia oleh beberapa negara di benua Eropah.



Akibat kesan daripada perang tersebut timbul isu seperti hal keselamatan, ekonomi dan sosial di banyak negara.



Terdapat beberapa laporan daripada kenalan di Eropah berkaitan layanan kurang elok berbaur perkauman dan jenayah lain oleh sesetengah penduduk di sana terhadap warga Asia, yang berleluasa masa kini.



Padahal semua laporan ini jarang didengar lebih sedekad lalu.



Namun ada pula sesetengah kenalan dan sahabat yang berkata isu berkaitan Covid-19 bukan lagi masalah besar pada masa ini - malah sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.



Perang di Ukraine juga tidak difikirkan sangat.



Semasa pertemuan Hari Raya lalu, semua hal ini dibincangkan bersama antara orang tua dengan kami sekeluarga.



Mereka lahirkan kebimbangan sekiranya anak kami dihantar ke luar negara sejauh Eropah atas semua pertimbangan itu.



Selepas kembali ke meja rundingan, kami sekeluarga mempertimbangkan universiti di negara-negara berdekatan sebagai pilihan alternatif untuk anak kami itu.



Atas persetujuannya juga anak kami itu mula membuat penyelidikan dan permohonan di beberapa universiti di Asia Pasifik.



Jarak yang lebih dekat merupakan faktor utama di sebalik keputusan ini.



Yang pasti, bila difikirkan, ada juga kebaikan di sebalik semua ketidaktentuan ini.



Semua keputusan dibuat secara bersepakat, setiap pandangan diluahkan dengan minda terbuka, saling menghormati dan dipertimbangkan secara bersama.



Lebih penting lagi, ia juga menandakan hubungan kekeluargaan yang terus utuh antara kami.



Semoga ketidaktentuan yang melanda dunia menyerlahkan terus kesepakatan, keharmonian dan mengukuhkan institusi kekeluargaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >