Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Garap peluang pasca-Covid-19 bagi niaga, masyarakat

Apr 10, 2022 | 02:25 PM



RAMADAN datang lagi ketika ekonomi negara mula bugar.



Lebih-lebih lagi dengan pengumuman pelonggaran peraturan Covid-19 baru-baru ini.



Masjid kembali meriah.



Bazar kembali bersinar.



Pesawat mula rancak berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Changi.



Golongan peniaga mula rasa gembira.



Malam-malam kembali cerah dan kita doakan hidup kembali indah.



Hanya usahawan yang dapat berasa luka hampa dan kecewa.



Dua tahun dilambung gelombang, kini kembali rasa nyaman untuk aktif mencari rezeki.



Hilang resah dan semakin berkurang rasa tidak menentu dalam diri. Masa untuk menyerlah.



USAH JADI USAHAWAN SYOK SENDIRI



Jangan pula kita terpedaya.



Terlompat terkinja bersorak, "mari berniaga macam dahulu kala!"



Kitab ilmu perniagaan sebelum Covid-19 biarkan sahaja tersimpan di almari sejarah.



Dunia lama sudah pergi buat selamanya.



Akui hakikat dan berpijak di bumi yang nyata.



Ada beberapa dosa lama yang harus ditebus semula menggunakan ilmu dan pola permikiran yang baru.



Sekali sekala, rasakan denyutan 'parut' lockdown yang masih kelihatan lukanya.



Kalau ingin terus menjadi usahawan, tidak boleh lagi syok sendiri dan buat apa yang kita minat dan pandai sahaja.



Tiada lagi strategi 'all eggs in one basket'.



Melihat kepelbagaian akan membolehkan kita mengatur jalur fikir merencanakan peniagaan kita di hari muka.



Kepelbagaian dalam apa? Kepelbagaian dalam pendedahan, pergaulan, pembacaan dan pengalaman bermakna.



Dalam persekitaran perniagaan yang saling terhubung pada hari ini, agenda kepelbagaian dan keterangkuman adalah penting dalam pertumbuhan ekonomi.



Apabila usahawan sosial berusaha untuk menawarkan lebih banyak kesaksamaan, perwakilan dan keterangkuman kepada masyarakat melalui produk, perkhidmatan atau model perniagaan mereka, konsep 'diversity' atau 'kepelbagaian' mula diterima secara bertahap-tahap dalam kehidupan kita.



TERIMA DAN AMALKAN KEPELBAGAIAN



Menerima kepelbagaian membolehkan kita memahami perspektif satu sama lain dengan lebih baik, dan merupakan sesuatu yang semakin kita nikmati dan pelajari dalam interaksi seharian kita.



Hari ini, kepentingan mengamalkan kepelbagaian semakin diakui, dengan banyak syarikat mengambil pendekatan untuk memenuhi jangkaan pelanggan moden yang dipacu oleh nilai.



Semakin banyak majikan percaya bahawa kepelbagaian dan keterangkuman bukan hanya perkara yang betul untuk dilakukan, malah ia juga perkara bijak untuk dipraktikkan.



Tetapi terdapat lebih banyak aspek kepelbagaian yang perlu difahami oleh usahawan.



Pandangan yang pelbagai juga membolehkan perniagaan menembusi pasaran baru. Kepelbagaian membuka laluan kepada perniagaan untuk menemui segmen pelanggan baru.



Lebih daripada sekadar bersorak slogan 'diversiti' dan 'inklusiviti', usaha mengekalkan kemurnian kepelbagaian adalah termasuk mendengar, berkomunikasi dan menerima perspektif berbeza - perspektif yang boleh memberi kesan material kepada dunia nyata.



Sebagai contoh, terbukti bahawa kepelbagaian jantina boleh mendorong kemajuan saintifik, kerana ia mempengaruhi soalan yang ditanya dan kaedah yang digunakan untuk mencapai penemuan saintifik.



Begitu juga, dalam perniagaan, terbukti bahawa kepelbagaian merentas etnik, budaya dan jantina mempunyai kesan positif terhadap prestasi.



Di dalam satu dapatan, syarikat yang mempunyai kepelbagaian jantina dalam pasukan eksekutif, 25 peratus lebih berkemungkinan mempunyai keuntungan melebihi purata berbanding syarikat yang tidak mempunyai kepelbagaian jantina.



Kajian-kajian yang telah dilakukan secara konsisten menunjukkan bahawa hasil kepelbagaian dan keterangkuman dapat dilihat bukan hanya pada keuntungan syarikat, bahkan juga bagaimana pekerja mendapat manfaat dari persekitaran kerja yang menghormati dan menghargai sumbangan dan perspektif individu.



Bersedia untuk berlapang dada.



Idea terbaik bukan datang daripada seorang individu tertentu. Idea yang baik datang daripada semua orang, pelbagai arah dan daerah permikiran.



Apabila mahu membentuk pasukan, usah ambil orang yang 'sama' dengan kita. Apa yang kita bakal perolehi nanti adalah banyak versi-versi mini kita.



Mereka juga mungkin akan meneladani kekurangan dan kelemahan kita nanti.



Buka pintu pada gaya yang berbeza. Ia akan membina pasukan kita dengan kepelbagaian rentak dan gaya.



Seringkali kehebatan seorang usahawan itu diukur melalui tahap keberkesanannya untuk menjangkakan keperluan pelanggan dan memadankan produk dengan segmen pelanggan paling mungkin menyukai atau memerlukan produk itu.



Bagi pelanggan, penemuan iklan yang menepati cita rasa ini boleh menjadi saat yang menggembirakan dan mengharukan kerana dirasakan penuh dengan nuansa 'kebetulan'.



Tetapi apakah kaitannya dengan kepelbagaian?



Jika anda memikirkannya, tanpa kepelbagaian, tidak mungkin ada penemuan.



Perniagaan yang mengehadkan pandangan mereka pasti juga akan mengehadkan peluang mereka untuk ditemui oleh pelanggan baru.



Kepelbagaian boleh mencipta pengalaman terbaik untuk semua orang dan potensi penemuan yang tidak berkesudahan.



Ramadan adalah masa terbaik untuk usahawan mempraktikan konsep kepelbagaian.



Ia memberi peluang kepada perniagaan yang progresif dan inklusif untuk menerima kepelbagaian pada pelbagai tahap penting.



Antaranya ialah untuk mempelbagaikan strategi pemasaran dengan mencuba untuk meningkatkan kesedaran jenama di alam maya.



Dengan berbuat demikian, jenama tersebut boleh membuka kunci untuk mendampingi pasaran digital dua bilion pengguna yang sedang mencari kelengkapan ibadah ataupun keperluan Hari Raya.



Cara pelanggan membeli-belah juga pelbagai.



KONSEP ALTRUISME PUNYA PENGARUH



Jika dulu mereka sekadar memilih yang termampu atau yang paling terkini, tetapi sekarang ada yang menerapkan unsur-unsur altruisme di dalam pertimbangan ketika hendak membeli sesuatu produk atau khidmat.



Memberi kembali adalah prinsip utama Ramadan, dan bagi kebanyakan orang, ini adalah masa untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan mengukuhkan ikatan masyarakat.



Konsep altruisme semakin mempengaruhi sikap orang ramai terhadap membeli-belah:



Pada musim Ramadan, mereka kini berusaha untuk mempelbagaikan cara berbelanja untuk membantu perniagaan setempat dan kecil serta terbuka untuk mencuba jenama baru yang selaras dengan nilai mereka.



Kepelbagaian adalah sentuhan segar kepada landskap ekonomi yang cergas dan progresif.



Dengan kepelbagaian, perniagaan boleh mencipta pengalaman yang lebih inklusif untuk menjangkau khalayak baharu dan membina hubungan bermakna yang berkekalan.



Terbukti, kita tidak boleh bergerak sendiri lagi.



Harus belajar untuk mengenal batas kemampuan diri. Kolaborasi itu kunci. Belajar mendengar. Baca suasana.



Usahawan itu bukan sekadar cakap teori tapi buat sampai jadi.



Usah berbalah apabila berlainan makna, asalkan ia melonjak syarikat dan masyarakat ke puncak jaya.




LEMBARAN BARU



Jangan pula kita terpedaya. Terlompat terkinja bersorak, 'mari berniaga macam

dahulu kala!' Kitab ilmu perniagaan sebelum Covid-19 biarkan sahaja tersimpan di almari sejarah. Dunia lama sudah pergi buat selamanya. Akui hakikat dan berpijak di bumi yang nyata.



PENTINGNYA KEPELBAGAIAN



Hari ini, kepentingan mengamalkan kepelbagaian semakin diakui, dengan banyak syarikat mengambil pendekatan untuk memenuhi jangkaan pelanggan moden yang dipacu oleh nilai...

Lebih daripada sekadar bersorak slogan 'diversiti' dan 'inklusiviti', usaha mengekalkan kemurnian kepelbagaian adalah termasuk mendengar, berkomunikasi dan menerima perspektif berbeza - perspektif yang boleh memberi kesan material kepada dunia nyata.

- Penulis. 




  • Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zahid & Shah Group dan Pengerusi M3@Jalan Besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >