Gelora Garuda bakal berakhir?
Selepas skandal penyeludupan babitkan bekas CEO, syarikat penerbangan Indonesia lantik CEO baru
Jan 30, 2020 | 05:30 AM
KEDUDUKAN syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia, yang terumbang-ambing ekoran pemecatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) lebih sebulan lalu, tampak reda.
Ini berikutan pelantikan CEO baru, Encik Irfan Setiaputra - yang keempat dalam lima tahun - baru-baru ini.