SAYA teruja dengan kenyataan Profesor Kishore Mahbubani bahawa Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan kita dan tinggi nilainya (BH, 12 Julai).
Ada benarnya bahasa Melayu perlu dimanfaatkan generasi muda Singapura kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Singapura. Bangsa lain juga boleh belajar bahasa Melayu kerana ia menarik dan mudah dipelajari.