Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BAPA, BAPA... Kaulah perwira hatiku

Harap dapat kongsi kasih sayang dengan anak titipan

Jun 21, 2020 | 05:30 AM



BELIAU adalah seorang bapa kepada anak perempuan dan anak lelaki yang masing-masing berusia 18 dan 21 tahun.



Di tahap ini, ramai golongan bapa mungkin mahu berehat seketika dalam meniti perjalanan hidup selanjutnya tetapi tidak pula bagi Encik Ridwan Mohd yang memutuskan menjadi bapa titipan kepada seorang anak kecil yang berusia setahun.



Bersama isterinya, Cik Suryani Sarip, hari ini adalah kali pertama Encik Ridwan, menyambut Hari Bapa sebagai bapa titipan.



Bapa berusia 47 tahun ini berkata beliau mendapat inspirasi menjadi bapa titipan ketika mendapat tahu bahawa jirannya juga mempunyai anak titipan.



Oleh itu, beliau tergerak melakukan penyelidikan selanjutnya melalui sesi perkongsian mengenai Skim Keluarga Titipan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Skim itu bertujuan menyediakan penjagaan alternatif yang selamat bagi kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah dalam penyesuaian sementara sebelum disatukan semula bersama keluarga kandung.



Kebanyakan kanak-kanak ini berada dalam penjagaan titipan kerana mereka terbiar ataupun ibu bapa mereka tidak dapat menjaga mereka di atas beberapa sebab.



Ini termasuk kerana mereka dipenjara, tidak sihat secara fizikal atau mental dan terdapat kematian seorang atau kedua ibu bapa anak itu.



"Jiran saya selalu mengongsi pengalamannya sebagai seorang bapa titipan. Apabila saya mendapat tahu mengenai sesi perkongsian yang diadakan oleh MSF daripada roadshow yang berdekatan di rumah saya, saya pun mendaftarkan diri.



"Semasa sesi itu, saya mendapat tahu bahawa kebanyakan anak-anak ini perlu penjagaan dan kasih sayang. Jadi jika saya dan keluarga saya dapat memberi kasih sayang dan persekitaran yang selamat untuk mereka, saya akan cuba bantu," katanya yang terus membuat permohonan setelah tamat sesi itu untuk mendapatkan anak titipan pada Ogos tahun lalu.



Setelah menjalani latihan yang disediakan MSF untuk memahami anak titipan dengan lebih mendalam dan bagaimana menjaga mereka, keluarganya diizin membawa pulang Shafiqah (bukan nama sebenar) pada November lalu.



Menurut Encik Ridwan, beliau bersyukur proses ini berjalan dengan lancar kerana permohonan ini kadangkala mengambil masa yang lebih panjang bergantung pada kes berbeza.



Namun, sebagai bapa kepada dua anak muda, menjaga bayi kecil turut menyajikan beberapa cabaran.



"Pada awalnya agak kekok juga. Sudah lama saya tidak menjaga bayi di rumah, jadi kami mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.



"Selain itu, mungkin kerana dia masih belum selesa lagi, ada juga kerenahnya. Tetapi lama-kelamaan apabila kami semakin mengenalinya, alhamdulillah dia okay saja," kata pegawai perkhidmatan awam yang bekerja dalam sektor pemerintah itu sambil menambah bahawa keluarganya mempunyai jadual untuk membahagikan tugas menjaga Shafiqah.



Justeru ia mungkin mencabar pada awalnya tetapi Encik Ridwan berkata beliau dan keluarganya amat gembira dapat memberi kasih sayang kepada Shafiqah walaupun hanya buat seketika ini sebelum dia perlu kembali kepada keluarga kandungnya.



Sempena sambutan Hari Bapa, Encik Ridwan berkata keluarganya merancang makan tengah hari di restoran sebelum ke pantai untuk menikmati angin laut yang menyejukkan.



"Shafiqah sebenarnya aktifnya budaknya... sentiasa ingin tahu, jadi kami berniat membawanya ke taman permainan untuk menikmati permainan di luar, di tepi pantai.



"Walaupun dia bersama kami buat sementara ini saja, saya berharap dia dapat membesar sambil mempelajari sifat akhlak yang murni dan kami dapat memberinya pendidikan yang baik. Moga-moga dia dapat menjadi seorang yang lebih baik dalam masa akan datang," tambah Encik Ridwan.




"Semasa sesi itu (perkongsian yang diadakan MSF), saya mendapat tahu bahawa kebanyakan anak-anak ini perlu penjagaan dan kasih sayang. Jadi jika saya dan keluarga saya dapat memberi kasih sayang dan persekitaran yang selamat untuk mereka, saya akan cuba bantu."
- Encik Ridwan Mohd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >