Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Wacana

Hargai kebebasan amalkan agama di S'pura

Nov 28, 2019 | 05:30 AM

SATU perkara yang menonjol bagi Encik Mohamad Syamirul Arshad selepas berada lima tahun di Madinah, Arab Saudi, ialah keselesaan mengamalkan agama di Singapura.

Sebagai contoh, kata Encik Syamirul, kebanyakan masjid dibina di estet perumahan dan Muslim di Singapura tidak perlu menjelajah jauh untuk pergi ke masjid.

Sebaliknya, beberapa pelajar dari negara-negara di Eropah dan Afrika perlu menjelajah beberapa jam semata-mata untuk menunaikan solat Jumaat setiap minggu.

"Mengamalkan Islam di Singapura adalah selesa dan kita bebas mengamalkannya, tanpa diganggu orang lain, walau dari agama atau kaum lain sekalipun," kata Encik Syamirul.

Encik Syamirul, 25 tahun, kini mahasiswa tahun terakhir di Universiti Islam Madinah dan sedang memburu ijazah dalam jurusan hadis.

Kata Encik Syamirul, universiti itu mengadakan acara tahunan, di mana pelajar diberi peluang menunjukkan kepada pelajar lain amalan dan tradisi Muslim di negara masing-masing.

Pelajar dari Singapura, kata Encik Syamirul, biasanya tidak akan melepaskan peluang menunjukkan bahawa warga Singapura berbilang kaum dan agama, dan hidup harmoni bersama.

Justeru, Encik Syamirul berkata beliau akur mengamalkan agama mengikut konteks adalah penting.

"Al Quran dan hadis menunjukkan bagaimana Muslim perlu berinteraksi dengan orang bukan Muslim, dengan cara membantu mereka apabila perlu dan menjadi jiran yang baik," kata Encik Syamirul yang berkata beliau juga banyak belajar tentang budaya pelajar dari negara-negara Arab, Eropah dan Afrika.

Justeru, beliau berkata PCICS boleh memberi keseimbangan kepada asatizah yang pulang ke Singapura selepas menuntut di luar negeri.

"Ia dapat membantu pelajar dari luar negara berkongsi ilmu yang ditimba di luar negara dengan cara yang lebih berkesan dan bermakna, dengan masyarakat Muslim di negara sendiri," kata Encik Syamirul.

Berbeza dengan kebanyakan asatizah di Singapura, Encik Syamirul mengikuti pengajian sekular sepenuh masa di Singapura dan hanya menceburi pengajian agama separuh masa di madrasah di masjid.

Namun, beliau berjaya melengkapkan kursus Diploma dalam Pengajian Arab dan Islam di Kolej Islam Muhammadiyah (KIM) sebelum melanjutkan pengajian ke Madinah.

Encik Syamirul menjangka melengkapkan pengajian di peringkat sarjana muda pertengahan tahun depan, tetapi beliau berkata masih belum memutuskan sama ada untuk mula bekerja atau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula.

"Meningkatkan diri sendiri adalah suatu yang harus, walau anda seseorang siswazah... ada banyak peluang yang boleh direbut supaya boleh mengikuti perkembangan Muslim lain," kata Encik Syamirul.

Tambahnya, ada banyak peluang pekerjaan dalam sektor agama di Singapura.

Namun cabaran bagi dirinya adalah mendapatkan kerjaya yang membenarkan beliau memenuhi kehendak peribadi dan pada masa yang sama, berkhidmat kepada masyarakat.

"Pandangan saya adalah seseorang perlu memahami citarasa sendiri dan bagaimana beliau boleh memberi manfaat kepada masyarakat dengan bekerja dalam sektor tertentu," ujar Encik Syamirul.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian