RAMAI kaum Hawa lega apabila membaca berita mengenai rancangan pemerintah mengekang dan sekali gus melindungi orang ramai daripada pelbagai bentuk gangguan - nyata atau di alam siber.
Rancangan yang bakal dilaksanakan menyusuli kelulusan Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha) di Parlimen kelmarin (13 Mac), meletakkan mereka yang melakukan perbuatan itu tidak mudah lari - terpaksa menjawabnya di muka pengadilan.