Hidupkan kembali adab perbezaan pendapat
Pusat pendidikan SimplyIslam baru-baru ini menganjurkan siri program bersama cendekiawan Islam, Shaykh Faid Mohammed Said dan pengarah eksekutif Jalan Tengah Radikal (Radical Middle Way), Dr Fuad Nahdi - kedua-duanya dari Britain. Antara program itu ialah ceramah bertajuk 'Tidak Atas Nama Kita: Menuntut Kembali Agama Kita' mengenai ancaman pengganas pada 21 Mei lalu. Ikuti wawancara bersama Shaykh Faid dan Dr Fuad. Laporan oleh NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
May 27, 2016 | 05:30 AM
MASYARAKAT Islam perlu menghidupkan kembali adab ikhtilaf, atau adab menangani perbezaan pendapat, kata pengasas dan pengarah Jalan Tengah Radikal (Radical Middle Way), Dr Fuad Nahdi, yang berpangkalan di Britain.
Adab itu semakin penting dalam mengatasi aliran fahaman pelampau yang mendesak keseragaman pendapat dan tidak menerima sesiapa yang tidak bersependapat dengan mereka.