SAYA membaca berita pemergian Pendeta Dr Haji Muhammad Ariff Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ariff dengan hati yang sangat sebak dan sedih.
Saya berpeluang mengenali Allahyarham Cikgu Ariff sejak menuntut sebagai guru pelatih di Kampus Townsville, NIE pada 2004 dan kemudiannya menyertai Angkatan Sasterawan '50 selama dua tahun bersama guru-guru pelatih lain.