SIRI LAPORAN ANTIDADAH: KERJASAMA ANTARA BERITA HARIAN/BERITA MINGGU DENGAN BIRO NARKOTIK PUSAT (CNB)
Hulur sokongan keluarga pesalah: Bimbing anak katakan 'tidak' kepada dadah
Feb 16, 2020 | 05:30 AM
SESETENGAH negara membenarkan 'ganja' untuk kegunaan 'perubatan' dan/atau rekreasi.
Penyokongnya akan berhujah bahawa dadah ini ialah dadah 'lembut' yang mempunyai ciri ubat dan pembenarannya akan membantu mengurangkan kos penguatkuasaan undang-undang dan pemenjaraan serta membentuk peluang pekerjaan untuk meningkatkan ekonomi di negara mereka.